geng bas sekolah

Saturday, September 29, 2012

senyum meleret leret.

Assalamualaikum.

for some reasons yang aku sendiri pun taktau apakah ia, aku happy sangat harini. unfortunately, my-gilakentang-housemates seems to be in bad mood. why lah why lah?

ape pun, takpe you guys can take your time calming down your heart and soul, sementara korang belum sedia share dengan aku. tiada paksaan, but still I'm here at your command bila bila masa yang u'ols perlukan aku okay.

btw, harini aku attend daurah kitab tauhid by ustaz shazali hirman atau ustaz jali together gether with my usrah raudhah's mates :) ngeee seronok sangat bila beliau singkap isi al Quran dan kenapa perlu kita kaji kandungan Quran tu sendiri. boleh jadi hati kita buta kalau kita cuma melihat tanpa cuba kaji apa isi Quran. dan yang paling bikin bulu roma tegak sampai ke anak rambut pun pacak, bila tengok berapa ramai tokoh non-muslim convert to Islam lepas mereka kaji Quran. subhanallah :')

program 8 pagi sampai 5 petang pun rasa macam sekejap sangat. kalau lah time lecture aku boleh sesemangat ni kan. kalau non muslim pun semangat mengkaji apa ada dalam Quran, takkan kita umat Islam sendiri hanya sekadar baca tanpa cuba dalami erti sebenar setiap ayat kan. and again subhanallah, bahasa Arab tersangat indah. Ya Allah, cuti 4 bulan nak attend kelas bahasa Arab kalau boleh, aminn.

banyak sangat yang ustaz share sebenarnya, tadabbur ayat lagi, and ada selit sirah sikit, memang syiokkk sangat. tak pernah aku rasa cuti aku worth macam ni sekali. alhamdulillah, thanks to kak syiqin, murabiyah aka mak usrah saya sebab ajak saya, ngeee :)

hmm, mungkin ni sebabnya aku luarbiasa gembira harini :)

keep smiling, sekian toceh!

2 comments:

syakey said...

i wish i hv geng usrah T__T

cik chopu said...

syakey: you should have one :) serius ni serius.