geng bas sekolah

Saturday, August 18, 2012

peristiwa berdarah.

ini betul betul peristiwa berdarah, bukan main-main.

aku antara yang terakhir jejak keluar bumi tronoh. kawasan tempat letak kereta tak lagi sesak, takde lagi saman saman yang dikeluarkan akibat parking merata. pakgad mulai layu di penghujung ramadhan. lebih layu bila dapat berita syif raya. keamanan utp siapa nak jaga kalau semua takde. international students yang tak balik beraya tu, siapa nak tenangkan mereka?

maka tadi dengan sukacita kaki melangkah masuk tren ETS menuju KL Sentral. makin seronok bila lagu raya berkumandang dalam tren. sebak pun ada jugak sebab balik lambat dari orang lain. tren pun dah semakin laju laju laju dan laju, dan tiba tiba gedegang! sempat mengucap panjang tadi. apa jadi ni? jangan nak terbabas pulak tren ni. dengan muka tenang, aku cuba sejukkan hati, takde apa lah tu. tren mula lembab dan lembab dan lembab, dan akhirnya berhenti. tren bergerak semula dan berhenti lagi di stesen kampar.

apa yang berdarah?

ok turun je tren, tengok gerabak tu penuh percikan darah. darah siapa? DARAH KERBAU! serius nak menangis dengan nak tahan bau darah lagi, dengan kesian kerbau tak pasal kena langgar lagi. ahhhhhh! bahagian depan tren rosak teruk. dan lepas tu kena tunggu tren ganti dan itulah perkara paling menyampah abad ini. alhamdulillah tak jadi apa apa. dan nasib baik tak brek mengejut, kalau tak memang lebih berdarah lah peristiwa ni. haisy. ok sekian salam lebaran. berhati-hati di jalan raya. and please, beware of kerbau, lembu dan seangkatan tentera dengannya.

3 comments:

Asma :D said...

Siannye Mas blk lambat. Dan kesian jugak dkt kerbau yg dilanggar. Tak sempat nak berhari raya ;)

KURARIMMBA said...

kerbau ni bukan penyebab tren yang dalam suratkhabar tu terbalik kan?

cik chopu said...

asma: tu la, kesian en :(

kimah: haha bukan lah, tren ni tak sempat terbalik pun.