geng bas sekolah

Monday, May 21, 2012

first year.


1st day of new semester brings me to 1st year degree 1st semester.

galak sangat bersuka ria di kampung, satu apa pun tak prepare untuk sem baru. seketul buku pun tak beli. kertas semua dah habis. file tahap recycle mana mana yang ada. stationaries setia bergetah lagi bawak pi exam sem lepas. balik sini baru sibuk nak simpan notes sem lepas. haritu tak penyabau sangat nak balik rumah. nak sumbat buku dalam kotak pun malas. ngeh ngeh.

beza memang beza sekarang dengan masa foundation 1st dulu. antaranya:

# matrik kad: dulu di leher sekarang dalam beg. nampak pak gad baru gelabah cari. memandangkan pak gad sini tak makan gaji buta, menyaman je lah kejenya.

# breakfast: dulu tiap pagi bekfas dekat kafe acik sufiah masa dok v2. sebab makanan super murah dan super sedap hanya ada di sana. sekarang pindah village lain memang tak hadap. dengan rasa yang kurang kick ditambah pulak harga tahap bapak aku ada lombong minyak, sorry ai tak hadap. makan biskut pucat je tiap pagi.

# dulu rajin salin notes, nak salin fancy fancy je macam lah dapat anugerah buku nota paling elegant. sekarang semua bergantung pada slide. print out, scribble, highlight, baca, senang.

# makan: disebabkan bapak aku takde lombong minyak, duit makan haruslah dikawal dengan jayanya. kalau dulu pentadbiran wang ringgit lebih terjaga, tapi sekarang dah tunggang langgang. tu yang asyik dok catu makan  masa dah pokai.

# dressing: woihhhh dulu skema habis. tiap hari tudung wajib butterfly. kalau boleh tiap hari nak pakai baju kurung je. sekarang alahai harap hari jumaat je pakai baju kurung. faktor? malas iron lah apa lagi. 

# lecturer: foundation 1st dulu takut takut je nak approach lecturer. menyorok macam tikus. sekarang dah oke sikit lah tapi takdelah advance macam maisarah. ngeh ngeh.

# lecture: hmm aktiviti memonteng lecture memang aku tak gemar. so takde beza sangat kot dulu dengan sekarang. cumanya sem tiga ritu banyak skip lab. haha malas wehhh nak nak bila datang kelas dok tunggu orang lain tak mai mai pun, lagi lah malas.

# subjek: UG subjek lebih banyak berbanding foundation dan of course lah kosnya lebih mencekik. maka wajiblah strive for triumph kalau tak sia sia duit mak bapak.

sudah cukup cukup sudah. cukup sampai di sini saja. 

aku tak seronok bila dapat tau raya sebelum study week sebabnya takut aura raya tu terbawak bawak sampai study week. ngeh ngeh apa pun selamat maju jaya!

2 comments:

syakey said...

dah masuk sem baru ke wehh? asal aku rasa kau cuti kejap sangat ni!

apa2pun all the best! normal ah wehh,baju kurung mmg akan dibiarkan kesepian. kesian


;D

cik chopu said...

syakey: hmm memang kejap sangat pun. haish tak sempat nak ternak lemak dengan jaya pun. huhu.