geng bas sekolah

Wednesday, January 4, 2012

final.

asyik sangat stadi, tau tau esok dah start final exam. tak payah nak asyik sangat lah. asyik sangat melayang fikiran ada. tapi kalau dah tahap nak muntah hadap nota TS, memang terlebih asyiklah tu namanya. siang hari berjaga, malam membuta. tak berubah pun rutin hidup aku. aku bukan jenis yang rajin nak stay up. bukan tak rajin, tak mampu. errr kalau time last minit nak hantar esaimen tu mampu la pulak berjaga sampai 3 pagi. ok tu maksimum. 

saban hari aku tergelak mengenangkan rumet aku. siang hari kalau stadi 2-3 belas minit kemudian dia akan membuta. takpe la, otak dia power. lagipun, malam dia berjaga. aku ni? uhuk uhuk. selalu jugak dia lari keluar bilik ber-study group. aku ni? forever alone. jiwa solo tak suka stadi group. bukan tak suka, tapi macam tak sesuai dengan jiwa. bukan apa, kalau reti disiplinkan diri takpe nak stadi group. ni banyaknya gosip dari stadi, tak payah nak stadi group sangat.

aduhai dengan nak balik, dengan nak kemas barang, dengan nak pindah village, dengan nak final exam, dengan kena catu duit makan lagi. oh makkkkk, nak balik secepat mungkin. tambah lagi dengan kempunan nak makan ketam, manggis lagi. haih banyak benar dugaan. [dugaan ciptaan sendiri] 

nota kasih untuk final exam: cepetan beredar !

2 comments:

Amirul Hakim Mohamad said...

selamat menjawab final! haha :) kalau dapat dekan, belanja akim.ehe

cik chopu said...

amirulhakim: haha cehh ingatkan dia yg nak belanja