geng bas sekolah

Thursday, November 3, 2011

makan tidur.


mengenangkan esok balik, terasa malam ni tidur pun lena gila. mengenangkan esok ada test before balik, terasa malam ni takkan tidur [sebab dah terlajak tidur siang]. ni kalau mak tau, alamat kena lecture berbakul bakul. dah makan banyak sangat lunch tadi, mata pun mulai kuyu. cuaca pulak alahai, memang sedap kalau dapat sorong bantal ni. konon stadi kan atas katil. mula mula duduk. lepas tu meniarap, last last dah baring terus tarik selimut. sedar sedar dah asar. tak guna punya godaan. kali ni aku terpedaya. cis.

hujan sekarang tak menentu. pukul 12 tadi, dah macam maghrib gelapnya. padan muka, malas bawak payung. pesan mak bukan nak dengar. payung buat hiasan dalam bilik. jadinya, lencun sampai bilik. balik balik mandi. solat then makan. tu yg lagi sedap nak tidur tu kan. tengah sejuk. tengah kenyang. nikmat.

entah bila nak pack barang. entah bila nak stadi. entah bila nak angkat kain [yang dah basah pun kena tempias] . entah bila nak bangkit dari katil ni dengan gagahnya.

esok.




4 comments:

anis kristal said...

haha tulah godaan duduk rumah mas !
btw goodluck test :D

norsafina said...

wah selamat bercuti mas :))

cik chopu said...

anis: thanks anis. aku dah sampai rumah dah ni haaaaa

cik chopu said...

fina: aku cuti tak lama macam korang T.T