geng bas sekolah

Wednesday, October 26, 2011

lessons on deepavali.


hari ini deepavali. banyak lessons aku belajar harini.

1. rupanya untuk memandu kereta, bukan takat kena tau drive saje, salah tu, salah sama sekali. habis kalau tayar pecah nak buat apa ? maka harini aku belajar macam mana tukar tayar kereta. tayar spare haruslah sentiasa ada. takde tu, mana nak cekau tayar kan.

2. rupanya nak isi angin tayar kereta bukan sama macam pam basikal. ada pressure tertentu yang harus ditetapkan. kalau agak2 fail tu, jangan pulak berlagak pandai. stesen minyak kan ramai orang. mintak lah tolong orang.

3. rupanya masih ada rakyat malaysia yang prihatin bila nampak ada kereta emergency. bagus bagus. tak perlu guna ketiak sekat sekat kereta macam iklan deodorant pun ada je kereta sudi berhenti jenguk. tabik.

4. aku kena banyak belajar lagi ilmu kereta ni. haih, kena balik menuntut dengan encik bapa. [selama ni bapak cakap tau nak menjawab je]

harini deepavali. dan harini aku menghadapi panas yang melampau. sekian, happy deepavali.

6 comments:

Hafiz Ibn Zulkifli Al-Selangor'iyye (ハフィズ) said...

Baru ko tau susahnye bawak kereta ni...~

cik chopu said...

bolis; haih bawak takdela susah mana. nak handle karenah kereta ni yg susah

syakey said...

aku takdak semua ilmu yg d sebut dalam ni. padahal lesen dh lulus dh takda P P lagi dh. terketar-ketar pa kalau kena tukar tayar kete nanti T__T

cik chopu said...

syakey: benda boleh belajar kan, hehe. yg penting, emergency num kena sentiasa ada. fon dan money adalah wajib

D-SIM said...

kehkehkeh.. orang perempuan selalu mengharapkan lelaki buat kerja camtu... kan ? :P


btw, hari deepavali merupakan hari peraayan agama hindu. so, haram kita menyambut mahupun mengucapkan hari perayaan mereka. harap maklum :)

cik chopu said...

dsim: haa, belum cukup skill memang la.

ooh, trimas utk peringatan. noted.