geng bas sekolah

Wednesday, October 12, 2011

buku lama.


bukak buku lama lagi sedap dari bukak buku baru.
tengok apa aku conteng dulu dulu.
baca apa aku karut dulu dulu.
kenang apa aku hilai tawakan masa lalu.
buku lama penuh cerita seronok.
buku lama penuh cerita sedih.
sedih sedih pun seronok.
kan ada yang bagi perhatian penuh.

buku baru terlalu bersih.
buat aku segan nak hala dakwat hitam.
buat aku keliru bila harus aku mula.
buat aku kaku tiada apa nak dilakar.
tak banyak kata boleh dikarut.

tiba tiba aku rasa aku rindukan aku yang tingkatan tiga dulu.
yang tak endah berkaki ayam dalam hujan.
yang ramai kawan yang aku cinta.
biarpun hitam tudung kelepet.
biarpun tak reti pakai bedak.
biarpun hari hari jalan kaki hangkut beg berat pergi sekolah.
kan seronok.

akhir kata, mas idayu, sila bersyukur. sekian toceh.

6 comments:

SAYA BUKAN SAMDOL said...

siapa mas idayu?

suka gila baca cik chopu punya post, seni gituwwww :D

cik chopu said...

sbs: haha soalan tak wajar tu. mas idayu pun tak kenal. eden ni haa. haha.

taqO said...

a'ah la mas idayu, sila bersyukur. :>

cik chopu said...

taqo: iyolahhhhhh ngeh2

Amirul Hakim Mohamad said...

buku lama nak conteng dah penuh.haa bukak buku baru, pengalaman baru. :)

cik chopu said...

amirulhakim: hmm mungkin betul. tapi tetap takkan sama macam yang lama