geng bas sekolah

Wednesday, July 6, 2011

bergembiralah, i'm home!


pertama kali naik ETS menyaksikan adegan tidur yang lena. dua jam setengah perjalanan, majoriti masa terisi dengan tidur tidur dan tidur. sampaikan ada yang tanya kawan aku, 'kawan kau ni memang suka tidur ke hape?' ok honestly aku dengar perbualan mereka. tapi terpaksa abaikan. sebab sayangkan tidur.

ETS tak selaju yang aku sangkakan. adakala ia tetap berperangai seperti KTM biasa. contohnya speed yang tak tentu hala, sistem elektrik yang tak se-efisien mana. mujur ada seat yang lebih selesa dan tak perlu rebut rebut macam KTM biasa. teringat kenangan berdiri dalam KTM seremban-kl sentral dahulu kala.

enough dengan complaining yang taktau noktahnya mana, maka hati sangat sukacita pada saat dan detik ini sebab jasad dah kembali berenang renang atas katil yang kucintai, rindui dan manjai. hoyeh, berborak sakan dengan ibu bapa adalah sangat seronok bila lama tak duduk semeja. mak kata, rumah sunyi sepi tanpa aku. sedang fie buat hal sendiri dalam sarang dia, takde siapa nak hiburkan hati mak dan bapak.

dear parents, from this while, bergembiralah cause i'm home! [walaupun cuma empat hari]

7 comments:

Kapten Atok said...

hahaha

empat hari yg berharga

Alia Zulkifli said...

guna la masa empat hari itu dengan sebaik baiknye ye :)

cik chopu said...

kapten atok: yeah sangat BERHARGA

cik chopu said...

alia; i will my dear <3

KURARIMMBA said...

4hari tu lama tau tak -___-

cik chopu said...

kurarimba: banyak la kau punya lama. pejam celik pejam celik dah 4hari

KURARIMMBA said...

aku cuti kat rumah 2hari je x..(