geng bas sekolah

Tuesday, June 21, 2011

si sugul ke kelas.


semalam aku sangat sugul. macam mayat bergerak menuju kelas. jalan terumbang-ambing. darjah keceriaan menurun dengan drastik. pertama kali berani lelap dalam kelas. since aku sampai sini, semalam lelap paling kritikal. yes, tindakan berani mati. tertinggal satu part ibarat hilang 10% markah final exam. paling mudarat bila aku mula layu masa kelas pre calculus. tulisan yang dulunya sebulat-bulat ikan buntal mula mencacing dengan jayanya. henpon yang dibeli abang dengan duit mak dua bulan lalu tambah calar. gara2 lelap masa berdiri tepi longkang. maka terhempas si henpon dengan jayanya. mujur longkang takde air. kalau tak, meroyan seminggu.

harini aku selak nota pre calculus yang disalin dalam lelap. yeah, memang cacing. otak tak mampu interpret apa yang aku tulis. serius tak menggembirakan. tak sampai hati nak padan mukakan diri sendiri.

kuiz economics tadi - sungguh menyanyat hati. soalan tiga = killer question. soalan empat = bikin aku menangis. itu yang lecturer cakap. hasilnya? entah. tunggu keputusan baru aku berani komen. lepas satu beban. balik bilik rasa lebih tenang. nak terjah belog pun tak rasa bersalah sangat macam semalam, macam kelmarin.

hoyeh minggu depan test1 pre calculus. ok bye, aku nak pergi interpret cacingan yang bersepah dalam nota calculus. sekian toceh!

4 comments:

wannurfazrini said...

sabor jelah, inila namanya student kann......

cik chopu said...

faz: ha tu lah. aku nak jadi aku yang berumur 2 duluuuu

Amirul Hakim Mohamad said...

ala..calculus je pun.haha :P all the best mas idayu!!

cik chopu said...

amirulhakim: haaaa,,,, calculus je pun lah sangat ~ ~ cis cis. thanks yaww btw.