geng bas sekolah

Saturday, June 25, 2011

berilah rohanimu makanan.


kita rajin memberi perut makan,
pagi petang siang malam,
perut peroleh kenikmatan,
kelazatan, kesedapan,
penuh terisi makanan.

kita rajin memberi minda makan,
pagi petang siang malam,
menghadap buku,
menghadam ilmu,
minda penuh pengetahuan.

namun rajinkah kita memberi rohani makanan?
yang wajib kita tinggalkan,
yang sunat kita abaikan,
alQuran kita saluti habuk,
majlis ilmu kita jauhi,
rohani kita kosong,
rohani kita kelaparan,
lengkapkah hidup kita?
katanya Islam,
namun benarkah Islam kita?
atau Islam hanya pada nama?

wallahualam.

[diri kita kena sentiasa ada yang ingatkan. kerana manusia mudah lupa. keluarga dah jauh, moga bebelan akal dan minda sentiasa ada untuk mendidik rohani]

No comments: