geng bas sekolah

Sunday, May 1, 2011

persidangan penanam anggur.


semua sedia maklum. harini hari buruh. maka selamat hari buruh. terharu sekejap sebab cik feel mention nama den dalam belog dia. huahua. padahal tak layak terima ucapan hari pekerja. apa yang aku kerjakan sehari hari? tanam anggur, ternak lemak?

mentang mentang orang lain cuti, maka si penganggur ni pun nak merasa cuti. hari hari cuti hadap katil hadap meja makan je. hari ni hadap menara jagung. okay, macam abang aku kata. membuat lawatan sambil belajar ke klcc pada hari buruh adalah satu mistake terbesar dah aku lakukan abad ini. mengeluh seketika. benar sekali jangkaan abang aku. berenang renang lah aku dalam kebanjiran manusia di menara jagung berkembar tu.

aneka warna kulit, aneka bahasa, aneka gaya, aneka manusia aku jumpa harini.
ini semua gara gara atya yang salah pilih lokasi nak bersidang. mak aku kata, jauhnya mesyuarat. well, penanam anggur memang susah bermesyuarat di ladang ladang. maka menara jagung jadi pilihan. ahh karut.

walaupun sesak dalam kebanjiran manusia, harini nyata seronok sekali. senyum senyum :)

mas nadal yett atya

atya fara yett mas megat nabil [azam hilang]

selamat hari buruh! sekian toceh!

2 comments:

FeeL da MorE said...

wah wah wah. sunuk erk sambut hari pekerja. hehehe

cik chopu said...

feel; haha mana ada mana ada. hari penanam anggur sedunia ni.