geng bas sekolah

Thursday, May 26, 2011

MAS - minggu aluan siswa

pejam celik pejam celik, harini hari kelapan aku terperosok di ceruk tronoh. hari kelapan aku tinggalkan rumah. hari kelapan aku tinggalkan bilik. orientasi baru tamat semalam. maka inilah alkisah orientasi ~

you are rubbish! you are rubbish! all of you are rubbish! rubbish! rubbish! rubbish!

aku = manusia. aku = student. aku = anak orang. maka dari mana datangnya aku=rubbish? dari mana datang? dari mana? sakit hati tak orang samakan kau dengan sampah? sedangkan kau salah apa pun, kau taktau. oke, tak nafi batch aku memang degil lain macam sikit. mana pergi mulut orang dok kata batch paling teruk, batch paling teruk. statement basi.

maka agak muak lah dengar 'you're rubbish' again and again masa orientasi haritu. head of discipline luarbiasa betul dia punya baran. kecut perut aku tiap malam. sikit punya salah pun boleh bergegar bumi. terpikir jugak nak buang diri kat tong sampah je tiap malam rather than balik tido kat hostel. dah nama pun rubbish kan.

serius penat gila minggu orientasi dengan kejar sana kejar sini. nak gegar fasi mintak sign lagi. bukan sorang dua, 100 lebih kot. siapa tak penat. aku bukan robocorp. dengan kena prank lagi. gila lurus bendul aku. mentah mentah kena tipu. empat fasi bantai komplot kenakan aku. cis cis cis. tapi bila ingat, sumpah lawak.

at last semalam, tengok semua effort depa, tengok video depa buat, tengok birthday surprise depa buat, memang berbaldi airmata. serius kalau harijadi aku semalam, seminggu aku nangis terharu. huhu. dan rupa rupanya head discipline pandai gila berlakon. lagi tak matang dari kitorang kott. haha. susah nak percaya yang dia dok marah2 selama ni gimik semata2. cis tertipu lagi. dia paling tak matang among all! haha.

thanks facilitators !

harini pagi petang kelas, balik hostel dah taktau apa nak buat. selalu lari terkejar kejar nak pegi chancellor hall, main hall, masjid annur, sports complex untuk slot orientasi. ni dah takde apa nak buat. lepasni aku bantai tido je lah. oke, fasi ajar jangan complain, jangan compare, jangan criticize. ai ai kapten! hehe sekian toceh!

[aku kagum gila dengan med tech club. macam nak join, hehe]

12 comments:

izz╬▒ti A said...

wahh, macam best je orientasi kau. huuu, harap harap aku pun sama lah minggu depan --'

cik chopu said...

izzati a: awal awal serabut perut jugaklah. bila dah habis baru rasa sedih. so ko enjoy je lah orientasi kau.

Amirul Hakim Mohamad said...

ahahahaha best kan best kan orintasi?? wee wee :) haha biasa aa uh. nnti mas jadi aa mpp. ;)

cik chopu said...

amirulhakim: hehe best best. dah habis ni yang tak best. jadi mpp? takmau ah. sini semua english. kang bersepah sepah english, cakap depan orang buat malu je.

cik bihah said...

hehehe mmg berlakon je semua tue..tp end best kan..teringat masa zamn kolej ;)

FeeL da MorE said...

hehehe pengalaman tuh dear. chaiyok2 ! !

cik chopu said...

cikbihah: hehe tu la pasal. penat je keluh kesah. haha

cik chopu said...

feel: haaa betul2. thanks thanks

Cik Tie Berbicare said...

cepatnya habis orientasi O_O hehe.
weh ..

http://roflquiz.com/whos-your-boyfriend-on-super-junior/q/23316/?src=1605135

mass ni quiz tu, HAHA selamat mencuba ! ^^

cik chopu said...

nura: cepat kau kata, dah seminggu aku hadap orientasi. hehe thanks nura. nanti aku try, then i'll let u know sape yg aku dapat

syahirah(: said...

wah..
seronok ea hang.
huhu.
x lame lg aku pulak.
berdebar bhai.huhu:)

cik chopu said...

yett: seronok lah jugak. hehe. aah pasni kau pulak. nanti bagitau uia macam mana