geng bas sekolah

Thursday, March 10, 2011

payurahim ???


dreba teksi, aneka ragam kan? ada yang baik tu memang baik, siap bagi diskaun seposen dua. ada yang evil tu memang evil sampai masuk berita tajuk utama. ada yang over peramah tu, cakap sampai takde langsung noktah, dengar pun boleh sesak nafas. ada yang over pendiam tu, sampai kau cakap dengan dia pun, macam cakap dengan tong gas. ada yang gatal tu masyaAllah, rasa macam nak call 999.

ha yang ni lagi pelik. tadi jumpa satu dreba teksi yang maha pelik. banyak kategori dia nih. over peramah, gatal, evil sikit sikit, pendiam langsung takde, baik tu no komen lah. daripada naik je, dia dah mula nak borak dengan mak aku. topiknya? ontah hapo hapo ontah. mula mula haram jadah aku tak paham. uncle ni bicara apa ya? dia spekeng malay kah, spekeng tamil kah?

lama lama dengar bait bicara dia, barulah aku paham. lah, nak promote direct selling. mula la dia berfalsampah, yang aku rasa tak sampai sepuluh peratus pun yang boleh aku angguk tanda setuju. dialog beliau adalah seperti berikut:

baguslah perempuan kerja kuat. baru susah dapat penyakit, macam PAYUDARA, PAYURAHIM, PAYUKANSER, PAYU USUS. tapi kalau minum jus ni, nanti masuk melalui tiub tu, memang berkesan. mak mentua saya dah cuba. cuma bapak saya tak sempat nak bagi cuba, dia dah GO awal awal.

sumpah nak tergelak. pakcik ni biar betul. semua dia nak payu payukan. haih, tiga suku ke hape? dah lepas tu, dia mengaku dulu kerja mara la, pernah jadi askar la, bapak dia dok london kawen ramai la, kes saiful, anwar dan berus gigi la, haih aku diam je lah en. menggeleng tidak, mengangguk lagila tidak. nasib baik dia hantar sampai lokasi. kalau tidak, memang masuk paper esok, remaja terjun teksi. hoho.

ada sesiapa tertarik nak join direct selling uncle nih? haha.

sekian, tocheh!



4 comments:

KURARIMMBA said...

pakcik tu kurang kasih sayang aku rasa

cik chopu said...

kura: haha. kalau dia bagitau, konfem aku tak segan silu donate kasih sayang melimpah ruah kat dia. haha.

anis kristal said...

aku rasa pakcik tu nak minang kau sbnrnye mas.hahaha :P

cik chopu said...

anis: hoho. takutnya. aku taknak berbapak mentuakan dia~