geng bas sekolah

Friday, February 18, 2011

urut urutan,


hari ni aku jadi tukang tonton adegan urut mengurut. mak panggil kawan dia datang mengurut. dia memang suka urut tradisional. dan mula la aku diberitahu khasiatnya walhal aku tak tanya pong. katanya nak betulkan urat dan blablabla. sesuai untuk orang yang dah beranak pinak ni. yeeehaa maknanya tak sesuai untuk aku.

tibatiba dia offer nak urut aku. katanya geram nak urut aku. amboi, menakutkan betul! mujur la dah lama kenal acik ni. that kind of gurauan kira accepted lah. tapi sori, geli geli. tak sanggup ya orang touch touch my body. silap hari bulan ada yang patah gigi.

aku dok tengok je dia urut mak sambil curik dengar perbualan demi perbualan. hoho agak 18sx ya perbualan mereka. aneka tips dikongsi bersama. malu oh. menyesal pulak curi dengar. siap pesan pesan kat aku lagi, kalau dah kahwin nanti, kena itu, kena ini, blablabla. haha lawak betul acik nih.

hai, aku pun dah taktahan dengan bau minyak, dengan topik topik hangat yang semakin rancak, jadi aku pun lari la masuk bilik. segan betul.

sekian,tocheh!


4 comments:

Myrul Afiz-iyye said...

Oooo, bukak rumah urut ye? (tetiba jadi seram ni)

cik chopu said...

bolis: woii aku tak bukak rumah urut lah. kwn mak aku dtg urut dia je. sukahati buat hipotesis sendiri.

Cik Tie Berbicare said...

mas join la acik tuh urut mak ko. hehe

cik chopu said...

nura: takmau ah. harihari urut mak aku, kasi can acik ni pulak. hehe