geng bas sekolah

Sunday, February 13, 2011

penjarakan bibir anda


awas: jika pedih ulu hati, minumlah gaviscon!

aku seringkali menasihati mulut yang disayangi agar bijak menjaga tingkah laku sendiri. terlajak perahu, boleh undur kan, terlajak kata, badan binasa kan. jelas, perlakuan si mulut yang kurang sopan bukan saja memakan diri, malah orangtua kita dapat saham sama. biasalah, orang lain pun ada mulut kan. mula la sanasini heboh, 'eh mulut budak ni, makbapak dia tak ajar ke?'.

kesian kan orangtua kita. takpernah sekali ajar bahasa durjana pada anakanda, tibatiba diterjah mulut2 di luar sana dengan sukahatinya melempar tuduhan tanpa usul periksa. mulut siapa? mulut manusia. kalau binatang bisa bicara, mungkin lebih unggul gaya bahasa mereka. kita bagaimana? sukahati bersuara membinatangkan manusia.

ya, masa kau kecil mungkin banyak terpengaruh dengan rakan sebaya. diampunkan. belum boleh fikir mana baik mana buruk. tapi bila dah menjengah usia remaja, dah mula jadi dewasa, tak boleh berfikir lagi? masih nak jadikan mulut medium pelempias amarah?

indahnya bahasa kalau kau bijak meneroka. boleh saja diindahkan lagi dengan mulut yang kau miliki. tapi kalau kau dah pilih haluan kiri, siapa peduli. mulut ini pun tak layak menasihati. takut termakan diri. cuma kalau sedar diri, pergi tonton filem p ramlee. indah kan kalau hidup penuh puisi?

konklusinya: aku yakin bibir aku lebih seksi dari bibir angelina jolie , haha


2 comments:

Amirul Hakim Mohamad said...

hahahaha bibir sorang takleh masuk penjara lah! wek2

cik chopu said...

akim: ada la penjara khas untuk bibir. mu ape tau, haha.