geng bas sekolah

Sunday, February 20, 2011

i don't miss u, i miss us!


saat bahagia bersama encik spm~

dia yang sering aku runguti setiap hari,
suatu ketika dahulu bermula di januari,
dia yang tak pernah ku temui,
hinggalah tragedi oktober terjadi,
dia yang kini aku rindui.

hari hari indah kami jalani bersama,
dengan orang ketiga,
si buku namanya,
berisi orangnya,
berisi ilmu.
ilmu untuk masa depan aku dan encik spm.
bagus ya orang ketiga ni,
mana ada dalam drama bersiri,
orang ketiga sebaik ni.

kadang kadang bila terlalu asyik memadu kasih,
keluarga pun mula tarik muka,
mula la encik spm bagi sepatah dua kata,
katanya 'pergilah call family ya sayang ya',
duduk asrama jangan asik berfoya-foya,
jangan asyik nak berasmara dengan encik spm je,
family mana boleh lupa.
restu tu kena ada.
so dah dapat greenlight ibubapa,
hati pun banyak suka.

makin hari makin hangat dok bercinta,
biasa la adakala tak bersua muka,
layan sangat nafsu muda remaja,
yang malas nak jumpa,
yang body berat rasa nak tidur je,
yang asyik nak spent time melantak taktentu hala,
encik spm tak kata apa,
padahal dalam hati dia asyik dok mengata,
dok kata 'jangan nanti kau menangis tak berlagu sudah le'.

rindulah encik spm,
dah dua bulan berpisah,
lumrah kan kehidupan,
masa dia ada tak hargai,
masa dia takda, mula la nak cari gali.

fakta: semua dok sibuk gerunkan result spm, aku pong tak terkecuali woii.


10 comments:

fieya said...

samelah aku.
rindu spm. hee

cik chopu said...

fieya: rindu kan kan kan? lepas ni dah takjumpa

Amirul Hakim Mohamad said...

hahahahha spm oh spm..wee

anis kristal said...

ohoi takot la ble cite sal spm!

syahirah(: said...

oh..i miss mr spm too..
tp aku xnk brtemunye semule..
cukupla hnye sekali..huhu

cik chopu said...

amirulhakim: spm yg memeritkan, tapi itu pulak yg dirindukan kan.

cik chopu said...

anis: sekarang semua sibuk cite hal spm je, aku pun nak jugak!

cik chopu said...

yett: haha, aku pun taknak wey.

si kura said...

encik spm kau player wohh. aku kenal dia

cik chopu said...

kura: aku tau. sebab dia bagitau aku dia date dgn semua budak batch aku satu mesia nih. tak kira jantina. haha