geng bas sekolah

Saturday, January 15, 2011

coretan buatmu bonda


mak, maafkanlah anakmu ini.
tangisku tak mungkin terhenti,
andai airmata mu deras menuruni pipi,
anakmu telah cuba,
namun tak terdaya,
membawa pulang hero kita.
mungkin dia perlukan masa,
bagi kita mungkin terlalu lama,
tapi jika itu bisa mengubahnya,
apa salahnya menunggu lama.

mak, maafkanlah anakmu ini.
bukan degil tak mau menurut kata,
namun lidahku kelu tiada bicara,
entah apa mahu kukatakan pada hero kita,
aku sangat tak petah berbicara,
jadi tak mampu menyusun kata,
demi mengajaknya pulang semula.

mak, maafkanlah anakmu ini.
andai tangisku hari demi hari,
membisik sedih di hatimu,
bukan itu niatku, sungguh,
seringkali aku berdoa,
sehingga terlupa mendoakan diriku sendiri,
Dia pasti menolong kita mak, pasti.

mak, maafkanlah anakmu ini.
sesungguhnya heromu akan pulang,
manakan tidak mak,
heroinnya bukan ada galang ganti,
bukan mudah ditemui,
tidak pernah membentak,
tidak pernah menolak,
malah sering heromu dimanjai,
ditaburi kasih sejati,
biarlah dahulu dia bersendiri,
satu hari nanti,
dia pasti kembali.



6 comments:

Amirul Hakim Mohamad said...

huh? masih tidak pulang? em

cik chopu said...

hmm,nk buat mcm mne

Gades_chantek said...

salam mas..
i think from this post i can guess what your problem is..
please call me if u need someone to tell k?

hehe..speaking la plak..:))
luv ya

cik chopu said...

salam yett. thanks. appreciate sgt2. love u yang. aku penah terpikir nk call kau, tp aku tkutlah, xsuka org denga aku nangis. mcm cengeng sgt je byiknya. well, aku nangis x cute mcm tya. takut speechless pun ada. hehe. i'll try my best to face this by myself k. ur support do make me stronger. love u love u love u.

[aku pun boleh spekeng2 jugakklah :)]

Gades_chantek said...

hehe...i do love u..
aq skong ko dri blkg,dpn.knan,kiri,atas n bwah..:))

cik chopu said...

mak aih,bawah tu jaga2 sikitt ya. mnakutkan lah makcik