geng bas sekolah

Wednesday, May 30, 2012

syukur.

assalamualaikum.

siapa nampak tulisan merah pos sebelum ni? siapa baca? siapa siapa yang baca terima kasih banyak, tolong doakan. sesungguhnya Allah Maha Mendengar. lepas ni, kalau bercakap, cakap yang baik-baik sebab kata-kata tu satu doa. syukur alhamdulillah result semester lepas walaupun tak dapat nak genggam empat rata, dikurnia rezeki untuk DL sekali lagi pun dah jauh dari expectation.

sesungguhnya nikmat dan kesusahan keduanya adalah ujian dari Allah

kadang aku rasa usaha aku tak setimpal dengan nikmat yang Allah beri. yelah setakat banyak tido dari stadi, mana weh kesungguhan? tapi besarnya kasih sayang Allah, walaupun kita berpaling, Dia tetap kurniakan nikmat. maka lepas ni lipat gandakan usaha. bukan setakat usaha cari kecemerlangan dunia, tapi ada yang lagi penting. cari kasih sayang Allah. kena faham konsep give and take. melebihkan kasih sayang pada Allah untuk dapat kasih sayang dari-Nya.

"Sesungguhnya manusia itu melampaui batas. Kerana merasa dirinya serba cukup" - Al-Alaq ayat 6 & 7

jangan berasa besar dengan apa yang kita miliki. tak sekelumit pun apa yang kita ada hari ini milik kita. semunya milik penuh Rabb kita. dunia ni hanya pinjaman semata-mata. maka tak perlu beriya mengejar dunia. tapi janji Allah, jika kita kejar akhirat, Allah kurnia keduanya dunia dan akhirat untuk kita. dan Allah tak pernah memungkiri janji-Nya. 

aku kena banyak muhasabah diri lagi. sebab aku tak nak berada di zon selesa. sebab nanti aku mudah lalai. dan tak boleh selalu harap ada orang nak ingatkan. kena ingatkan diri sendiri. jangan nak malas. 

p/s: esok balik rumah. pengarang jantung semua dah rindu. tak sampai dua minggu pun balik sini. huhu.

Tuesday, May 29, 2012

harini boleh senyum lagi.


assalamualaikum .

dah masuk minggu kedua. 12 weeks to go for final exam. semoga masa tidak berlari terlalu laju sebab lemak aku dah semakin menebal. jadi kerjaya mengejar masa menjadi amat payah. harini warga utp lemah longlai. sebab lutut ketar, esok result keluar. alhamdulillah aku belum nak heart attack lagi. esok time nak bukak prism mulalah nak parkinson segala. ketaq lutut weh. banyak main sem lepas. baru harini nak menyesal. lepuk sekali baru tau.

good news : lusa balik rumah. sebab jumaat cuti. lagipun encik bapa sibuk call kata banyak kenduri nak kena attend. beliau tak larat makan sendirian. well count me in then. aku dah lama tak merasa nasik minyak. kih kih kih. hmm adakah itu bermaksud lemak akan semakin tebal? ehehehe macam aku peduli. 

mas idayu akan mendapat result cemerlang, amin.


Saturday, May 26, 2012

kipas dangdut.


semalam aku pergi komplen pasal kipas. bayar duit hostel mahal mahal, memang tak expect kipas tenat macam tenuk. entah macam mana aku survive sepanjang sem lepas. mandi peluh setiap pagi marathon atas katil. free sauna, kau hado? kipas orang lain pasang level 5 boleh runtuh bilik, yang bilik aku ni, level 5 memang tahap goyang dangdut inul daratista pun lagi laju.

maka tadi datanglah dua makhluk Allah ni nak repair kipas. wehh ketuk pintu macam nak rompak rumah orang je bak kata suaida. aku punyalah gelabah pakai sweater pakai tudung indon, cepat cepat bukak pintu. kalau tak laju mau tambah masalah. kipas sopan santun, pintu hancur berkecai. alhamdulillah mujur aku mandi awal awal pagi. kalau tak mana nak tempek muka bersalut taik mata weh?

maka dua makhluk Allah ni pun tanyalah, 'kipas slow eh?' err boleh tengok sendiri kan bro. gua pasang level 5 pun, alahai melenggang mak minah je berpusingnya. aku malas nak panjang cerita, angguk je lah. aku pergi dapur, tengok kasut diorang sedap sedap je landing dalam rumah. abe weh, ni bukan rumah orang jepun, bukak pintu baru bukak kasut. haisy.

sementara depa dok repair tu, aku mundar mandir tak tentu hala taktau nak buat apa. tup tup baru teringat, errr harap mata dia tak melilau sangat lah dalam bilik aku. dah la jemur 'macam macam' dalam bilik. haisy bikin malu wehh. ni aku geram ni, lain kali nak datang kasi warning lah awal awal. boleh aku buat full preparation takdelah gelabah macam apa.

haih ok lah memandangkan kipas pun dah laju, maka marilah kita landing dulu. harini sabtu. rumet pi ipoh. aku? ahhhh kita landing duluuu

sekian toceh.

Thursday, May 24, 2012

switching point of life.

SELAMAT HARI TUA ABANG!

Tadi balik dari common room layan hindustan kat tv2, kena prank dengan housemates sekalian. prank yang tak disengajakan. pintu depan kunci. hoih how come you all kunci kami dekat luar? semua macam dah tido. jerit panggil amy, last last masuk ikut pintu tandas sebab pintu depan tak boleh bukak katanya. aku baru nak tendang. rupanya pintu tu kunci kena pulas banyak kali. tak jadi tendang.

balik bilik tengok fon, tengok tarikh 24may. wahh birthday fie. aku pun text dia. 'selamat hari tua!'. punyalah tak romantik, dia balas sepatah - ngek. woii dasar taknak mengaku tua. 21 tahun hidup, apa sumbangan kau terhadap agama, bangsa dan negara weh? atau sumbangan terhadap aku ke, dah kerja part time tu hulur hulur la sikit kat aku yang tak berapa nak masyuk ni. ngeh ngeh.

ok tuka mood. al-fatihah buat suami kakda yang pulang ke rahmatullah pagi tadi. sebak jugak dengar cerita dia. tak sempat tengok arwah suami dia before meninggal. baru semalam suami dia balik kampung. meninggal mengejut sebab serangan jantung. muda lagi dah kena. kalau dah ajal yang Allah tetapkan, takde awal sesaat, takde tangguh sesaat. tepat pada masanya nyawa kita dicabut. kakda terkilan tak dapat tengok arwah sebelum kebumi. tapi kakda tabah. anak kecik lagi, moga kakda teruskan hidup dengan baik. hm 25may harijadi kakda pulak. ni lagi sedih ni. 

ok dah taktau nak tamatkan macam mana. esok banyak benda nak setel. hidup dah mula busy, macam biasa lepas ni lambakan tugas bakal datang terpa aku. moga aku pun tabah macam kakda. sesungguhnya Allah menguji hamba-Nya selaras dengan apa yang mampu ditanggung hamba-Nya itu.

sekian, toceh.

Monday, May 21, 2012

first year.


1st day of new semester brings me to 1st year degree 1st semester.

galak sangat bersuka ria di kampung, satu apa pun tak prepare untuk sem baru. seketul buku pun tak beli. kertas semua dah habis. file tahap recycle mana mana yang ada. stationaries setia bergetah lagi bawak pi exam sem lepas. balik sini baru sibuk nak simpan notes sem lepas. haritu tak penyabau sangat nak balik rumah. nak sumbat buku dalam kotak pun malas. ngeh ngeh.

beza memang beza sekarang dengan masa foundation 1st dulu. antaranya:

# matrik kad: dulu di leher sekarang dalam beg. nampak pak gad baru gelabah cari. memandangkan pak gad sini tak makan gaji buta, menyaman je lah kejenya.

# breakfast: dulu tiap pagi bekfas dekat kafe acik sufiah masa dok v2. sebab makanan super murah dan super sedap hanya ada di sana. sekarang pindah village lain memang tak hadap. dengan rasa yang kurang kick ditambah pulak harga tahap bapak aku ada lombong minyak, sorry ai tak hadap. makan biskut pucat je tiap pagi.

# dulu rajin salin notes, nak salin fancy fancy je macam lah dapat anugerah buku nota paling elegant. sekarang semua bergantung pada slide. print out, scribble, highlight, baca, senang.

# makan: disebabkan bapak aku takde lombong minyak, duit makan haruslah dikawal dengan jayanya. kalau dulu pentadbiran wang ringgit lebih terjaga, tapi sekarang dah tunggang langgang. tu yang asyik dok catu makan  masa dah pokai.

# dressing: woihhhh dulu skema habis. tiap hari tudung wajib butterfly. kalau boleh tiap hari nak pakai baju kurung je. sekarang alahai harap hari jumaat je pakai baju kurung. faktor? malas iron lah apa lagi. 

# lecturer: foundation 1st dulu takut takut je nak approach lecturer. menyorok macam tikus. sekarang dah oke sikit lah tapi takdelah advance macam maisarah. ngeh ngeh.

# lecture: hmm aktiviti memonteng lecture memang aku tak gemar. so takde beza sangat kot dulu dengan sekarang. cumanya sem tiga ritu banyak skip lab. haha malas wehhh nak nak bila datang kelas dok tunggu orang lain tak mai mai pun, lagi lah malas.

# subjek: UG subjek lebih banyak berbanding foundation dan of course lah kosnya lebih mencekik. maka wajiblah strive for triumph kalau tak sia sia duit mak bapak.

sudah cukup cukup sudah. cukup sampai di sini saja. 

aku tak seronok bila dapat tau raya sebelum study week sebabnya takut aura raya tu terbawak bawak sampai study week. ngeh ngeh apa pun selamat maju jaya!

Saturday, May 19, 2012

pantai kubu.

assalamualaikum.

harini genap setahun aku tercampak nun jauh di utp. esok birthday mak. esok anniversary pokdi. semuanya aku miss tahun lepas. miss birthday mak, miss wedding pokdi. malam tadi sampai rumah pukul 2 pagi dari kelantan. atau lebih tepat lagi dari thailand. aku tak pandai nak cakap kampung aku di thailand. sebab dari kecik asal nak balik kampung je, cakap nak balik kelantan. well, thailand tu overseas sangat lah u'ols. haha, padahal kampung dekat semapadan je pun. ngeeeee.

seminggu duduk kampung seronok bukan main. seminggu mana cukup. tak puas. esok nak balik utp dah. haisy haisy. tiket tak beli lagi. malas malas. layan gambar kampung dulu lah cenggini.

duduk dalam kereta atas feri skodeng makcik dan kanak-kanak comel

anok pokjik - suf'an & safi

jaguh kampung

idham | suf'an

bapak bawak budak budak ni ngail atas batu tepi laut

antara yang penting kalau nak ngail

fie awan nano, fie herman tino

fie masih dalam angan-angan awan nanonya

cucu kesayangan mek , ngee

kerana angin bertiup kencang

pertemuan kali pertama

mek melancarkan perang dingin

nenek dan cucu | pemakan berkaliber

tak, aku tak bekerja sambilan jadi waitress pun

20 sen safi

somtam yumm yumm

hanya di sungai golok | jalan pusat makanan murah | kasikorn bank

pantai kubu | pohon nyiur kembar

pantai kubu 

ohh pinggang kerengga

ribut tepi pantai

perahu vs ribut kencang

safani | kakak cinderella

wafa & suf'an | dua pupu

mokja | alif 

jaguh argentina

they call me mokyu

pantai kubu yang kurindu

belangkas dikatanya ikan pari

bonda atau lebih dikenali sebagai meknoh :)

gossip session under coconut tree

kerana dah lama aku tak main, maka safi jadi mangsa.

yang letih melayan kanak-kanak riang

last but not least, cat and kittens named ibu, bo and da.
p/s: haisy bila lah nak balik sana lagi agaknya. semalam dok berkonvoi dengan penyokong kelantan otw balik kl. agak2 masa diorang nak balik boleh tak aku tumpang sekali balik sana semula? hmmmm ~



Friday, May 11, 2012

ayuh kerja.

salam jumaat.

pagi pagi bapak dah semangat ajak turun bawah polish kereta. aku dengan tak mandi, dengan baju kelawar, dengan tudung indon, turun lah bawah tolong sekali dengan abang. abang kata aku dah macam ane snow wash. mak kata aku dah macam bibik tak cukup duit nak balik kampung. haisyy tak patut tak patut.

aku tanya bapak, calar panjang dekat pintu ni dapat dari mana. bapak gelak. abang gelak. haisy lawak sangat ke kereta calar? bapak pun bersuara:

bapak: dia boleh buat buat lupa bang.
abang: tu lah. siapa tah seret pokok bunga orang sampai calar haritu?
aku: .................complete silence.....................................
aku: errrrr ni yang orang seret haritu eh? hehehehehehehehehehehehehe

sorilah masa tu kan baru dapat lesen. standard lah. siapa suruh pakcik tu tanam pokok sampai makan jalan. aku langgar je lah. jalan dah lah sempit. hihi. lepas tu boleh pulak nak bukak cerita pasal langgar tembok. haha dasyat jugak aku masa awal2 dapat lesen dulu. habis jahanam kembara. kesian.

hmm lepas jumaat nak kua dengan abang dengan mak. malam ni nak balik kampung. adios people. sekian toceh!

p/s: bapak sangat lawak. tadi mak kata nak beli kamera baru. bapak pun kata, buat apa beli kamera, gambar dah banyak. adohh tergelak sakan aku dengan mak. GAMBAR DAH BANYAK?? haha 





Thursday, May 10, 2012

break up.

090512

alhamdulillah aku dah officially break up dengan foundation 3rd. sepanjang hubungan kami, pelbagai pancaroba telah dilalui together gether. buekkkkk nak muntah. hubungan kami yang kekal selama 4 bulan ini berakhir dengan cemerlang. akhirnya aku dilepaskan. hoyeahhhh! dan secara official juga, hubungan rahsia aku dengan ketiga tiga foundation selama setahun turut putus di tengah jalan. bahagianya! tiada episod tragis dalam hal ni. alhamdulillah.

maka sekarang aku sedang mencari pengganti. tak, pengganti tu yang dah ternanti nanti. tanggal 21 may ni baru aku nak mulakan episod cinta dengan mr degree. nama dia very sophisticated I tell you. haha. dasar miang keladi. aku suruh dia tunggu lama sikit. dalam 2-3 bulan ke. biar aku single lama lama sikit tapi dia begedil eh berdegil. dasar tak penyabo. dengan restu mak, aku pun redha je lah sambung dengan mr degree awal awal. nak buat cemano kan. gua pasrah ajelah. challo betta.

ok lah, aku nak pergi mengubat hati yang tak berapa nak lara ni. sekian toceh!

Tuesday, May 8, 2012

note.


WELCOME BACK GOOD FEELING :)

satu lagi kertas putih untuk ditumpaskan. esok habis calculus angkat kaki terus. moga moga ETS tak buat hal seperti system down atau apa-apa kes yang bakal mencarik bulu roma aku. berkobar dah ni nak balik. khamis malam insyaAllah berangkat balik rumah mek. ngeee kelantan here I come. bapak seronok lah tu sekarang musim menyandat. yeah boleh makan sotong banyak banyak!

P/S: shoutbox aku dah buang sebab mendatangkan virus bedebah yang bikin blog aku tak boleh dibuka. jika nak jerit, jerit lah di mana yang anda suka. kotak jerit dah takde.


Sunday, May 6, 2012

menghadap kertas putih lagi.

assalamualaikum ~

dear notes yang minta dibaca, kejap ya. aku curi masa sikit hapdet blog. hadap kau 24/7 bikin jiwa kacau.


esok paper first final exam sem ni. so memang wajarlah aku dok bergolek sakan dengan notes kiri kanan. tengok housemates semua dok stadi macam nak makan je nota, aku pun haruslah termotivasi kan. masa masa macam ni memang banyak godaan. semua benda rasa seronok je buat, main solitaire pun rasa syiokk, tapi bila stadi rasa macam (,_, )hmm ( ,_,)hmm (`_`)hmm macam macam lah. ngantuk lah, penat lah, sakit pinggang lah, lapar lah, nak call mak lah, nak labur saham lah ~~ ngeh ngeh dasar pemalas.

jutaan terima kasih diucapkan kepada biskut pucat sebagai peneman setia di kala lapar. tak lupa juga mister potato yang dah tinggal habuk habuk. juga periuk nasik yang banyak berjasa membuatkan aku tak payah kerap turun kafe. well, kan study week, semua pakat ramai2 berkumpul makan dalam rumah. rasa macam turun kafe ambik masa lama dan rugi masa stadi. cehh padahal semua pemalas. dah sedap dok lentok atas singgahsana masing-masing, memang pikir banyak kali lah nak turun kafe. 

sekarang adalah masa untuk kentalkan jiwa dan teguhkan hati. perbetul niat sucikan minda. insyaAllah boleh jawab. ngee. sekian toceh!

ok notes, ayuh kita kembali berasmaradana.