geng bas sekolah

Friday, May 11, 2012

ayuh kerja.

salam jumaat.

pagi pagi bapak dah semangat ajak turun bawah polish kereta. aku dengan tak mandi, dengan baju kelawar, dengan tudung indon, turun lah bawah tolong sekali dengan abang. abang kata aku dah macam ane snow wash. mak kata aku dah macam bibik tak cukup duit nak balik kampung. haisyy tak patut tak patut.

aku tanya bapak, calar panjang dekat pintu ni dapat dari mana. bapak gelak. abang gelak. haisy lawak sangat ke kereta calar? bapak pun bersuara:

bapak: dia boleh buat buat lupa bang.
abang: tu lah. siapa tah seret pokok bunga orang sampai calar haritu?
aku: .................complete silence.....................................
aku: errrrr ni yang orang seret haritu eh? hehehehehehehehehehehehehe

sorilah masa tu kan baru dapat lesen. standard lah. siapa suruh pakcik tu tanam pokok sampai makan jalan. aku langgar je lah. jalan dah lah sempit. hihi. lepas tu boleh pulak nak bukak cerita pasal langgar tembok. haha dasyat jugak aku masa awal2 dapat lesen dulu. habis jahanam kembara. kesian.

hmm lepas jumaat nak kua dengan abang dengan mak. malam ni nak balik kampung. adios people. sekian toceh!

p/s: bapak sangat lawak. tadi mak kata nak beli kamera baru. bapak pun kata, buat apa beli kamera, gambar dah banyak. adohh tergelak sakan aku dengan mak. GAMBAR DAH BANYAK?? haha 





4 comments:

syakirahmn said...

amboih mas, kau buatbuat lupa pulakkk. hahaha


slamat cuti wehh. aku jeles! @_@ :D

Maisarah said...

gambar bnyklah, kne guna kamera baru... lawak.,

Anonymous said...

suh bapa hang masuk raja lawak hahaha

cik chopu said...

syakey: hehe memang lupalah. hee

mai: haha kau ni lagi pening mai

sbs: haha baik jangan, nanti femes susah