geng bas sekolah

Wednesday, May 30, 2012

syukur.

assalamualaikum.

siapa nampak tulisan merah pos sebelum ni? siapa baca? siapa siapa yang baca terima kasih banyak, tolong doakan. sesungguhnya Allah Maha Mendengar. lepas ni, kalau bercakap, cakap yang baik-baik sebab kata-kata tu satu doa. syukur alhamdulillah result semester lepas walaupun tak dapat nak genggam empat rata, dikurnia rezeki untuk DL sekali lagi pun dah jauh dari expectation.

sesungguhnya nikmat dan kesusahan keduanya adalah ujian dari Allah

kadang aku rasa usaha aku tak setimpal dengan nikmat yang Allah beri. yelah setakat banyak tido dari stadi, mana weh kesungguhan? tapi besarnya kasih sayang Allah, walaupun kita berpaling, Dia tetap kurniakan nikmat. maka lepas ni lipat gandakan usaha. bukan setakat usaha cari kecemerlangan dunia, tapi ada yang lagi penting. cari kasih sayang Allah. kena faham konsep give and take. melebihkan kasih sayang pada Allah untuk dapat kasih sayang dari-Nya.

"Sesungguhnya manusia itu melampaui batas. Kerana merasa dirinya serba cukup" - Al-Alaq ayat 6 & 7

jangan berasa besar dengan apa yang kita miliki. tak sekelumit pun apa yang kita ada hari ini milik kita. semunya milik penuh Rabb kita. dunia ni hanya pinjaman semata-mata. maka tak perlu beriya mengejar dunia. tapi janji Allah, jika kita kejar akhirat, Allah kurnia keduanya dunia dan akhirat untuk kita. dan Allah tak pernah memungkiri janji-Nya. 

aku kena banyak muhasabah diri lagi. sebab aku tak nak berada di zon selesa. sebab nanti aku mudah lalai. dan tak boleh selalu harap ada orang nak ingatkan. kena ingatkan diri sendiri. jangan nak malas. 

p/s: esok balik rumah. pengarang jantung semua dah rindu. tak sampai dua minggu pun balik sini. huhu.

No comments: