ada satu destinasi yang sangat jauh hendak aku tuju. tapi, aku sendiri belum berani memulakan langkah pertama. bagaimana nak aku tempuh perjalanan beribu batu itu, kalau kaki masih berat memulakan langkah pertama?
lemak yang terkumpul di dalam diri semakin bertambah. hal ini mengakibatkan langkah bertambah berat. patutkah aku berhenti? patutkah aku membantutkan niat yang suci murni kerana tidak sanggup kehilangan?
untuk sampai ke destinasi itu, banyak yang telah aku korbankan. terlalu banyak. dan banyak juga manusia yang turut sama berkorban demi aku. kenapa tidak aku menghargainya? bukankah itu fitrah manusia. hanya belajar menghargai setelah kehilangan nikmat itu. ya, haruslah aku langgar fitrah itu.
bangkitlah mas, berlarilah ke destinasi itu. selagi masa belum tamat, masih belum terlambat
No comments:
Post a Comment