setelah sekian lama tak kawen, eh eh *tersipu sipu* setelah sekian lama tak menyibuk-nyibuk di kenduri kawen, semalam terlangkah jugak kaki aku yang memang tak ternafi beratnya ni ke kenduri kawen. siapakah makhluk asing yang bahagia tu?? ala, jiran aku tu. yang selalu marah marah kalau aku main mak mak dengan adik dia dulu tu. woohoo gilang gemilang majlis dia. macam kat genting pulak suasana dewan tu. berkabus bagai. aku kawen nanti taruk salji aa dalam dewan. seronok sikitt. well, malaysia ni kan panas *oh jempol paling panas*
waah nasik minyak dia. memang tiptop. aku dah la gian nak makan setelah lama terpenjara. apetah nama katering dia tu. nanti aku kawen memang panggil diorang la. oh seronoknya rewang rewang. haha. tak sabar sabar pula. *uhuk uhuk*
umur baru setahun jagung, berkobar kobar nak berumah tangga. alahai masidayu woii. sedarlah diri woii. bangkitlah dari igauan tengahari. siapa suruh tido lepas subuh ha? oh, tersalah topik pula. wah, abang aku baru sahaja menyampaikan satu fakta yang memang bikin panas telinga. kawan dia kawen lepas habis sekolah? sebaya pulak tu. dan kini anak mereka berumur 5bulan. wahai manusia, kau kaya boleh la. tak payah belaja tinggi tinggi pun dapat sara anak dara orang dan anak anakmu jua. oh dengkinya.
lepas spm ni boleh la mak, nak join kursus kawen. boleh ye mak..... *berdehem bapak aku* ok, lupakan. aku pun tak rela kawen muda.
No comments:
Post a Comment