geng bas sekolah

Saturday, August 9, 2014

Terharu pada hari yang haru biru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selesai dah weh final presentation internship. Kenapa final? Sebab yutipi memang peliks. Internship pun sampai 2 parts. 1st phase training, 2nd phase nih project lah pulok. Pung pang pung pang cerita itu ini depan lecturer depan sv, then done! Setel. Alhamdulillah sangat sangat sebab deyols memang ohsem. Sporting and supportive. Rasa nak nangis pun ada *terharu, serius tak tipu*

And, rasa nak nangis jugak before sampai opis pagi tadi. Dah nangis dah kot ekceli. Kot. Sebab lately hati tisu sangat. Nipis, lagi nipis dari kulit bawang. Guna johnson no more tears pun takde guna. Buat kesekian kalinya, ktm sekali lagi melancarkan perang ke atas diri ini. Kureng. Pagi pagi tren dah stucked kat sentul sebab adelah si kargo seketul ni tergelincir dari landasan. Maka dari sentul puak ktm ni sediakan bas lah kononnya sampai kl sentral. Tapi serius ah bas dua ketul nak muat manusia sejagat berpusu ke opis satu tren panjang tuh? Memang idok ler.

Dua bas dah ciao. And I was still there standing, waiting, complaining, etc. etc. etc. Jam dah pukul 8.40. Masuk opis pukul 9. Kalau naik tren dari kl sentral pun makan setengah jam. Ini Sentul. Naik so-called-shuttle-bus tuh kalau jammed, pukul berapa pulak sampai kl sentral? Presentation at 10. Rasa boleh banjir mesya tadi kalau diturutkan emosi. Mujur jugak Fie ada rumah. Maka merempits lah iols ke opis berbekalkan lewat setengah jam. 9.30 gua sampai, 9.55 lecturer sampai. Haram jadah tak prepare mentally nak present. Tapi alhamdulillah, berkat hari Jumaat hari yang mulia, berkat doa ibu dan karamah bapa, everything went well walaupun ade la sekali dua cam nak gelak time present. Apa yang lawak taktau la pulok.

Serius gua tak dendam dengan ktm. Serious talk bro. Serious. Unless tadi presentation gua hancur lebur. Baru gua renung renung balik nak dendam ke tak nak. Eheh. Lagi dua minggu nak habiskan internship. Lepastu boleh enjoy sebulan. Lepastu back to yutipi hadap final year. Lepastu? Lepas two three. Ngeh ngeh ngeh. Lame.

K malas dah. Sekian merapu. Toceh!

No comments: