geng bas sekolah

Thursday, February 28, 2013

Bangkok Part1

Assalamualaikum!

baru harini ada kerajinan nak masukkan gambar jalan perabih wang ke Bangkok haritu. baru realize tak banyak mana pun gambar sebab ai busy kelek paper bag kiri kanan. nafsu shopping meledak ledak wehh. part 1 ni cerita pasal perjalanan je. banyak nau story dalam train. tak berapa nak masyuk lah kalau nak pergi naik flight. nak nak big boss (bapak) tak pegi sebab busy keje. lagipun, family members dekat thailand pun nak join, so kena lah gerak dari sana senang. at last naiklah train 3rd class sehari semalam. ambik kau patah pinggang! kedekut nau nak beli tiket molek sikit. ingat dekat sangat lah bangkok tu kan. ambikkk!

stesyen sungai golok


nampak dari luar macam cantik gila kan. eksaited makkk tengok kaler purple. menarik. poyoss la kan jadi model kejap depan train lawa lah konon.


tengok tengok, there you go, seat pun tahap tak boleh nak dibaring baringkan macam aku cerita haritu. kipas zaman purba tahap besi 18karat. sehari semalam kot bertapa dalam tu. kalau seat duduk sorang sedap jugak la nak landing landing. ni duduk macam orang parkinson pun ada, mau cramp urat saraf. (model fie yang belum tau seksanya dia beberapa jam kemudian)


peace peace sebelum bertolak memang peace. duduk dua tiga jam, kematu punggung beta! nasib baik banyak seat kosong, boleh lah duduk satu sorang. alhamdulillah. takdelah kebas punggung ai sehari semalam.


budak demam ni semangat tengok kandang lembu. risau jugak sebab daif daif ktm mesya, ada lah aircond walaupun 3rd class. ni aircond pun tarak. tingkap terbentang luas. bising serupa apa. budak memang la eksaited, mak bapak yang risau. marbahayaaaaa. oleh itu, dinasihatkan belilah tiket 1st class, ada aircond ada cabin, jangan kedekut macam we'ols. senang senang naik flight terus. siap ada stewardess lagi.

cuma yang bestnya naik train ni, meriah gila and boleh tengok setiap tempat yang kita lalu. kalau naik flight, tengok awan nan biru tu kan dah selalu. tengok pramugari pakai skirt pendek kaler merah tu kan tak berapa nak indah. lagi satu bising pasal orang jual food. setiap perhentian akan ada orang naik jual food. tapi kena pandai pilih lah sebab tak semua food halal. senang jalan dengan orang pandai speaking thai sebab diorang punya english tahap budak darjah satu dekat sini lagi terel.

and bila malam semua pakat tido, tiba tiba ada orang naik jual megi. pergh! tengah sejuk sejuk free aircond alam, dapat pulak megi cup, memang kena. tu kalau tak tidur la. orang paling lama dan syok tidur aku la. campak dalam perigi pun boleh tidur inikan dalam kereta api. ngeh ngeh.

dah cerita panjang panjang bosan. nanti sambung. sekian toceh!



4 comments:

Shazwani Ramly said...

ahh seronoknya berjalan.

D-SIM said...

okay, boleh nampak bertapa kerasnya kerusi dalam train tu -.-

cik chopu said...

shazwani: hehe release tension.

dsim: memang keras gila. siapa la yang design cenggitu nak kasi naya passengers apa.

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/