geng bas sekolah

Thursday, August 30, 2012

barang yang lepas jangan dikenang.

assalamualikum rakan sejagat.

jerawat baru tumbuh di pipi. petanda stres? kejadah apa aku nak stres? nampak molek je dok goyang kaki layan lagu jamal pakai mp3. nak kata study bagai nak gila tak gila mana. setakat bukak buku ke muka buku, bukak buku ke muka belog, mana weh effort sehebat housemates yang makan pun tak menyempat. ni makan pun asyik extra dos. tidur pun melampau lampau tawaduknya. sampaikan tiap pagi mak call bagi ceramah agar pagi pagi dapat study dalam suasana fresh se-fresh ikan di pasar selayang. omegi.

paper academic writing tadi buat aku jadi The Flash kejap. speed menulis meningkat secara mendadak dengan tulisan super cakar ayam made in tronoh. dua jam masa kekejaman bila lima artikel nak kena hadam, nak kena keluarkan isi-isi dan nak kena tulis balik tujuh perenggan. kalau dua jam setengah tu boleh la just sweet gitu. ini memang tahap semua keluar dewan muka harimau lupa bekpes, alahai. 

seketul dah ditumpaskan, empat ketul lagi menanti.

nak belajar tu bukan payah. nak belajar fokus ketika belajar tu yang payah. macam mana lah orang lain boleh study dengan tawaduknya tanpa sebarang gangguan anasir luar eh? 

ok lah, sambung layan lagu jamal sambil kunyah biskut sambil hadam oil & gas jom! 

sekian toceh!


2 comments:

D-SIM said...

haha, good luck lah exam

cik chopu said...

dsim: tengs yaww ~