geng bas sekolah

Monday, November 28, 2011

sound trouble.


aku benci earphone, headphone dan yang seangkatan tentera dengannya. sebab, hati aku yang gabak ni mudah sangat dikecikkan gara2 si penyumbat telinga dua ketul tu. hish.

tak ke rasa macam lagi bagus cakap dengan tong gas, daripada cakap dengan orang yang telinganya disumbat ketulan ketulan bulat pengeluar bunyi tu? dah banyak sangat pengalaman. habis air liur aku bercakap, dan si anon yang terbabit pun dengan sukacitanya bertanya, 'KAU ADA CAKAP DENGAN AKU KE? [senyum kambing]' . takde pulak yang nak tanya, 'kau tengah berzikir ke?' . mungkin mereka ni ingat aku berkomunikasi dengan alam kot.

nak kata tak dengar, aku rasa aku dengar je apa bunyi bunyi lain bila pakai earphone. atau earphone aku tak cukup canggih? tak tau lah pula. habis kalau dah dengar lagu sampai aku pun boleh tau lagu apa kau dengar, baik pakai speaker terus.

tapi kalau yang pakai speaker ni lagi lah. aku tak tau la telinga dia ada masalah apa, sampai tandas pun boleh dengar lagu. kalau lagu takpe lagi. habis kalau dah pasang citer hantu, citer thriller jerit jerit every night, tak ke haru orang dengar. agak agak la. ni baru kejiranan dalam kampus. haih.

pssss, abang aku pun sama. suka pasang lagu tamil kuat kuat. bila aku terjah bilik dia, tau pulak nak menghalau. cehh.

2 comments:

Adibah faizah said...

Aku suka ayat ni "kau tengah berzikir ke? " . HAHA.
nnt aku nk gne. tnye kt orng len.haha

cik chopu said...

adibah: haha boleh lah dipraktikkan.