geng bas sekolah

Monday, June 6, 2011

beku jiwa.

atas katil itu. bersama telefon itu. aku senyum senyum sendiri. dengan tekun aku mendengar. celoteh sang sahabat. punya masalah berbakul bertimbun. bukan senyum mengejek. bukan senyum gembira. senyum kenang dia. dia yang jelas tak matangnya. menelaah masalah yang disayanginya. merujuk si bukan pakar cinta.

atas katil ini. bersama telefon ini. aku terpisat pisat sendiri. terkedu dengan berjuta sikap. terkoyak hati dengan dinginnya sahabat. tatkala aku sepi. ternyata dia lebih sepi. sepi dari yang disayanginya. sepi dari permata yang diagungkannya. ya tak salah dia ingin bersendiri. tapi aku benci dia lari dari realiti. tapi aku perit melihat keringnya hati dia. aku jadi sakit melihat kecamuknya emosi dia.

[aku jadi gila] [pentadbiran jiwa dah huru hara] [terimakasih kawan]

2 comments:

Amirul Hakim Mohamad said...

hahah dia memang tak keruan kot?

cik chopu said...

amirulhakim: tah la dia. rasa nak ambik senapang gajah tembak tepat ke otak dia. haih