geng bas sekolah

Tuesday, May 17, 2011

perempuan perempuan


perempuan perempuan.
aku tak nafi perempuan memang rumit.
fikiran rumit.
perasaan rumit.
susah ditafsir.
guna kamus oxford sekalipun,
tak mungkin mampu tafsir.
aku siapa?
aku perempuan.
ya sebab itu aku berani bersuara.
siapa tak setuju,
oke takdehal.
kita otak lain lain.

perempuan perempuan.
mudah sangat jatuh suka.
ini kawan aku kata.
tapi aku tak nafi.
lelaki baik sikit,
lelaki caring sikit,
dah berdetak hati.
dah bergoncang jantung.
dah berbunga bunga jiwa.
siapa tak setuju,
oke takdehal.
kita otak lain lain.

perempuan perempuan.
jagalah hati biar kekal suci.
jagalah jiwa biar kekal bersih.
jagalah rohani biar kekal berseri.
jagalah pergaulan biar jauh fitnah duniawi.
jagalah diri biar cantik peribadi.
cantik luar cantik dalam cantik serba serbi.

perempuan perempuan.
jangan sampai orang gelar kita betina.
kita lahir sebagai perempuan,
membesar sebagai gadis,
matang sebagai wanita,
jiwa secantik srikandi.

[aura puitis sedang ke udara. ampun andai kasar aku berbahasa]



10 comments:

Amirul Hakim Mohamad said...

perempuan perempuan.hahahahhaha rilek ae mas. tuka lah jantina uh jd laki.haha :P

cik chopu said...

amirulhakim: haha takmau ah. lelaki lagi susah. byk tanggungjawab. sekali salah langkah, harubiru

fieya said...

perempuanperempuan mmg complicated.

suka entry ni :)

cik chopu said...

fieya: yeah sangat complicated. kadang aku pun naik heran dgn diri sendiri. haha thanks fieya

░♥si lampu neon♥░ said...

bersyukur sebab dah dijadikan sebagai seorang perempuan..huhuhu

wannurfazrini said...

like this entri. so hard to be perempuan ye!

cik chopu said...

neo: alhamdulillah :)

syahirah(: said...

perempuan2...
susahsusah...

aku gadis..hehe:))

cik chopu said...

wannurfazrini: ya memang susah. tapi aku bersyukur. sebab aku yakin lagi susah jadi lelaki.

cik chopu said...

syahirah: haha gadis eh. hey si gadis yang manis :)