geng bas sekolah

Saturday, April 2, 2011

si penjaja cerita.



semasa tadika

# eh, menyampah la dia tu. orang nak pinjam kaler pun tak bagi. kedekut. takut mak marah la, anak mak betul
# eh, menyampah la dia tu. orang pinjam kaler macam macam pulak syarat dia bagi. tak boleh sharp la, tak boleh bagi tumpul la, jangan bagi patah la, jangan lorek dekat bekas dia la, letak ikut tempat la, huh !
# eh, menyampah la dia tu. sikit sikit volunteer nak tolong cikgu. nak tunjuk baik la tu depan cikgu.
# eh, menyampah la dia tu. cikgu asyik suruh dia je baca. macam la orang lain tak reti baca.
# eh, menyampah la dia tu. sikit sikit nak nangis. mengada-ngada betul.

semasa sekolah rendah

# jangan kawan dengan dia, dia dah masuk kelas 1st. dah tak layak kawan dengan kita kelas 2nd.
# jangan kawan dengan dia, semalam aku nak main jutaria dengan dia tapi dia tak bagi.
# jangan kawan dengan dia, dia ni suka dekat budak yang kau suka tu.
# jangan kawan dengan dia, nak tiru time exam pun tak kasi. kedekut ilmu.
# jangan kawan dengan dia, asyik dapat nombor satu je. bukan nak kasi can orang lain. gila kuasa.

semasa sekolah menengah

# weyh geng, budak tu la yang dok hangat kapel dengan olahragawan sekolah tu. bukan main lagi diorang.
# weyh geng, budak tu la yang pakai kain macam sekolah ni banjir sekerat lutut. dengan stokin rainbow dia tu, haih.
# weyh geng, budak tu la yang kena gantung sekolah pasal fly malam.
# weyh geng, budak tu la yang aku lempang haritu sebab rampas boipreng aku yang terchenta tu.
# weyh geng, budak tu la yang pasang balak kiri kanan, bukan main lagi. ingat dia heroin sekolah.

suri rumah

# akak tau tak, janda muda tu la yang gatal sangat mengorat laki saya. tah tah lepasni laki akak pulak.
# akak tau tak, anak dara si bedah tu, siang malam bawak balik jantan.
# akak tau tak, dato' X tu banyak sangat makan rasuah. tu yang kaya raya tu.
# akak tau tak, anak saya nampak laki akak semalam dengan perempuan mana tah.
# akak tau tak, rantai yang si peah tu pakai, bukan betul pun, mas celup je tu.

bukan main lagi hebat en mulut mengata orang. sampai ke tua pun takde siapa mampu tutup kalau sejak kecik dah praktikkan perangai gossiper terulung nih. haih macam tu sekali bencikan orang, macam la semua orang sukakan kita. renung renungkan :)


8 comments:

fieya said...

sangatla betul.
haha terkenang zaman dulu kala. haha

cik chopu said...

fieya: kan kan kan? haha. bila tengok budak sekarang ulang balik perilaku kita dulu2 rasa nak gelak.

Kembara Perantau said...

gelak aku dengar..betul betul betul

wannurfazrini said...

setuju wehhh . mcm2 ragam dr kecik smpai ke tua

syahirah(: said...

part skolah rendah tu paling best.sikit2 xnk kawan.
it happened.hehe

cik chopu said...

perantau: haha gelak gelak jugak. tapi en, dengar apa? rasanya blog ni takde lagu. heee

cik chopu said...

wannurfazrini: tulah, ni perempuan, laki lain pulak ragamnya

cik chopu said...

yett: haha memang pun. anak kita nanti macam mana la pulak en. kawan taknak bagi pinjam ipad, terus taknak kawan. haha