geng bas sekolah

Thursday, April 14, 2011

PERTAMA KALI ku melihat wajah si dia ~


aku nak tanya ni,


ha, bila ? bila ? setiap PERTAMA KALI bikin aku eksaited. yelah, aura kejakunan tu mesti wujud bila kita festaim buat benda yang tak pernah buat seumur hidup. contohnya:

PERTAMA KALI masuk sekolah. esok nak sekolah, harini dah 20 round dah try baju sekolah. malam tu dah siap tido sebelah beg sekolah. eksaited punya pasal. duduk seminggu dua, dah cipta aneka alasan taknak pegi sekolah.

PERTAMA KALI naik roller coaster. luarbiasa betul jeritan dia. kalah tarzan dan para penduduk hutan. naik kali kelima, dah bisu dah takde perasaan langsung.

PERTAMA KALI mak bagi keluar dengan kawan. dua jam lagi nak pegi, dah siap dah dressing takut terlambat. sebelum subuh lagi dah bangun. sebelum ni nak bangun subuh pun liat.

PERTAMA KALI bawak beskal. taknak lepas beskal tu ha sampai malam malam pun nak main beskal. bila dah bosan, dok berkaratla beskal dalam stor.

PERTAMA KALI drive kereta. ambik kau gila stereng setahun dua. lepas lepas tu, nak ngadap jalan raya pun rasa lemau. mula la komplen jalan jem la, takde duit nak isi minyak la.

PERTAMA KALI timang cucu. berebut ha dengan besan nak jaga cucu. sampai anak menantu tolak tepi beli nampak cucu. tapi lepas dah ada 10 cucu, dapat pulak yang luarbiasa aktif, nak berebut lagi ?

hokeh, banyak lagi pertama kali yang bikin jiwa gedik teramat. biasalah, nama pun pertama kali kan. kalau menikah pun, yang pertama kali tu yang bombom kebabom. ada orang laki menikah bini nombor dua buat majlis grand lagi dari yang first, takde kan? kalau ada, bagitau aku sini. nak jadi yang ketiga, mesti lagi grand. haha gila. oke honestly aku cuma nak bagitau, harini festaim aku isi minyak kereta sendiri. selama ni aku mana reti isi minyak. proud gilaaaa youuu. haha ok bye, nak pegi buat announcement kat masjid sat pasal hari yang bersejarah ni. sekian toceh !


6 comments:

fieya said...

mas kau dah ade kereta sendiri?
hihi nice entry :D

cik chopu said...

fieya: hihi takdelah. kereta bapak aku yang bakal aku rembat buat sementara waktu. dulu abang aku guna. skang dia prefer bawak vespa je.

anis kristal said...

mas aku sies tglak yg pasal nak kua ngn kwan tu sbb aku pon eksaited lebeh.haha

cik chopu said...

anis: well, ni kes menulis based on pengalaman sendiri la ni cik anis oii ~ hehe.

KURARIMMBA said...

PERTAMA KALI dapat bela kura-kura hari-hari mandikan. lepas dua tiga minggu dah malas smpai dia mati =(

cik chopu said...

kura: perlu ke mandikan kura2 wehh ? haha lawak lah kau.