geng bas sekolah

Saturday, April 23, 2011

padan muka aku!


dalam banyak2 benda yang boleh aku buat malam ni, aku dah buat satu mistake dengan menonton konsert AF9 sedangkan aku dah stop layan AF sejak berakhirnya AF1 berkurun lalu. dengan niat taknak jadi katak bawah tempurung, nak jugak tengok bakat depa, nak jugak kenal muka muka depa. takde la jadi macam kes kes lalu, bila orang cerita hal budak AF, aku menganga taktau, 'siapatuh? apetuh?'

dan malam ni apa yang aku dapat ? masa terbuang. elektrik berjalan. dapat pulak dosa free free. telinga mintak dengar yang merdu merdu, yang dapatnya nyanyian tersedu sedu, kritikan berbuku buku.

ok aku dah serik. salah sendiri, siapa suruh tak tetap pendirian. padan muka. boleh pulak tak tengok siri 2 sampai 8, kenapa yang 9 ni nak tengok pulak? sebab dah last, kononnya penutup, kononnya best ? padan muka padan muka padan muka aku !

haih, sekian toceh !


8 comments:

norsafina said...

aku tak layan AF.
dari siri 1 sampai 9.
hehe.

fieya said...

mas dah suka AF dah ?

hee aku mls nak lyn akademi fantasia nih.

cik chopu said...

fina: bagus, sungguh bagus.

cik chopu said...

fieya: mana ada suka. takde pun statement kata suka. haih mana ada mana ada. af1 je suka. lepas2 tu dah tak suka

Cikgu Fikri said...

AF yang paling AF sekali ialah AF2!!!!!
huhuhuhuh :)

cik chopu said...

cikgufikri: AF2? siapa tah yang menang. haha tak ingat dah

A retarded kitty said...

kahkahkah! aku maybe layan AF kalau ada orang hensem.
ngeh. typical human being.

cik chopu said...

kitty: haha sebab apa? boleh senyum senyum usha dari tv? hehe kalau hensem suara ke longkang pun, baik tak payah en