geng bas sekolah

Wednesday, April 20, 2011

gila stereng, bukan akulah !


memandangkan aku dah pegang P, maka encik bapa sering torture si anak supaya kerap kerapkan diri pegang stereng agar bisa jadi kaki drift terhebat suatu hari kelak *enam baris terakhir adalah tipu sahaja*.

ya, maka masa yang ada bakal terbuang atas jalan raya dan fakta bahawa minyak mahal nampaknya tak mengganggu gugat kocek encik bapa. dengan muncung sedepa, amanat encik bapa sebelum pergi kerja supaya aku train harder dikotakan sewaras akalnya.

dan puan emak merupakan insan paling gembira di planet ini. pelbagai jadual perjalanan diatur kemas mengalahkan setiausaha agung negara. jom pergi situ, jom pergi sini terus melekat di bibirnya dengan masyhurnya.

yeah, dahulunya aku senyum senyum bila diberi P. dan yeah sekarang aku berasa ingin work hard dan jadi kaya raya dan upah encik dreba dan senyum duduk belakang sahaja. atau, mungkin menikah dengan encik husband yang baikhati tak kasi bini pegang stereng lagi ? ok hentikan angan angan.

paling tak menggembirakan, para pembuli jalanraya dengan megahnya asyik membuli aku walhal jelas aku tampal P depan belakang. hey, tak sama level lah, nak berlagak dengan aku. tunggu dua tahun kemudian, nak ajak drift bukit akina pun, aku sahutlah! [berlagak sikit]

haih, dah habis membebel ni puan emak nak ajak pergi rumah kawan dia lagi. bye encik lappy, encik kereta dah panggil panggil.

sekian toceh !



12 comments:

anis kristal said...

aku suke la ayt2 kau ni mas.best gila.haha.baidewei,,pandulah kereta anda berhati hati :)

cik chopu said...

anis: tengs yaww~ aku takdak ilmu kreatif macam hang. bijak lukis lukis, bijak jahit jahit, bijak gubah gubah. hehe. insyaAllah selagi aura 'rempuh aje' belum ke udara.

syahirah(: said...

ape lagi mas...drift r.
hehe

cik chopu said...

syahirah: tunggu la habis P dulu. kang sia sia lesen kena tarik

sayabukanSAMDOL said...

Hahah, bagus gila cik chopu, mak kita sama lah. pantang nampak anak bw keta mula lah ajak p mana2

cik chopu said...

bukansamdol: yeah, sejiwa betul para ibu ni en :)

missxidi said...

best bawak kreta...macam ketagih je tau mula2...tapi lama2 mcm mas cakap la, rasa mcm nak hire drebar...hihi..jemput layan series kat blog missxidi =)

cik chopu said...

missxidi: hihi masalahnya dah dekat dua bulan bawak, tak tau tang mana yang bestnya ~

**::CIKNUURUL::** said...

wahhh,bestnyer die nk drift,.hehehehe,..jom kite drift tp CN akn bawak 80km je la,..bhahahahhahaa,..tkut la,pdhal dh ade P,.siyes,xberani,.cmne ni?

cik chopu said...

ciknuurul: haha mana ada nak drift. tu bila dah power nanti boleh la. ayat kecoh je tuu. hehe. tak lama lagi insyaAllah la. wee

Cik Tie Berbicare said...

harap lepas dapt lesen nnti ibu aku tak soh aku bwak banyak tempat !cuak ! hahaha

cik chopu said...

nura: yes, mula mula semua pun cuak. bila dah handal, baru hilang cuak.