geng bas sekolah

Sunday, February 27, 2011

perang weyy perang,


blog sekarang dah macam dunia politik en. semua pakat dok mengata kau mengata aku. macam mesya sekarang ni yang tengah hangat dengan undi mengundi. parti parti bertikam lidah ibarat para blogger besau ni. ada parti kerajaan yang sering terkehadapan, dan ada parti pembangkang yang sering dibelakangkan (?) ada blogger yang dapat aneka tohmahan, aneka cacian. ada blogger yang dapat pujian, belaian dan belaskasihan. apepun, aku sendiri pun taktau apa kisah mereka. apa hak aku nak bersuara en. aku hanya mampu baca, itupun rajin sangat kah? walhal akulah si pemalas yang disegani :)

mujur haku ni blogger kecik yang tak usah risau orang baling boomerang kah, baling batu kah, baling api kah. siapa peduli blog sekecik ini yang takde cerita sensasi. balik balik cerita hal diri sendiri yang kononnya ada orang peduli. tapi takde pulak macam nak tulis diari en, nak bagitau satu dunia aktiviti aku setiap saat minit dan jam.

aku bukan kurang minat dunia politik ni, tapi sangat tak berminat. jadi adakah dengan hal hal macam ni terjadi dalam dunia blog, aku turut sama benci berbelog satu hari kelak? siapa tahu satu hari nanti hasrat bubarkan blog ni jadi nyata en. mesti ramai ramai jawab 'ada aku kisah?'. ok aku mampu bertepuk tangan dengan fakta tu.

sekian, tocheh!



4 comments:

fieya said...

aku pun xmnat politik semua ni.
bosaannn

Myrul Afiz-iyye (Amirul Hafiz Zulkifli) said...

Nak sebarkan pengaruh kat sini boleh tak?

cik chopu said...

fieya: bagus bagus. sep sep !

cik chopu said...

mirul: pengaruh ape ?