geng bas sekolah

Monday, August 29, 2011

ampun beribu ribu ampun.


di sini hari ini, ops lipat ketupat telah berjalan dengan lancarnya. begitu juga dengan ops menggulai. malangnya, ops merendang ayam hanya akan berjalan keesokan harinya. ohh tidak seperti biasa, tahun ni aku tak dapat menjamah ketupat dan rendang ayam pada malam raya. kenapa oh kenapa?

gara2 sibuknya mak, busynya-lah-sangat bapak, dan terlampau-busy-lah sangat abang aku, maka esok pagi baru rebus ketupat, baru bikin rendang. warghhhhh, pathetic gila. aku dah termimpi mimpikan si rendang, tapi itu yang belum ada. sabar sabar, sooner or later dia mai jugak dalam perut. sabar ya. sabar.

maka pada tahun ini, julung2 kalinya aku jadi tutor tak berbayar kepada fie yg kononnya dah hilang ingatan macam mana nak anyam ketupat. cehh, padahal pemalesssss. aku dengan kuasa diktator menyergah dia yang bersenang lenang dalam bilik bersama desktop barunya. ah, saja bikin hati aku letup letup. lepas diterjah beberapa kali, tau pun nak mengalah. hehe esok nak kena mintak maap banyak2 dengan dia ni, sukasuki ngumpat kat sini.

baiklah, sempena dengan raya yang dah selamat diumumkan tadi, saya [dengan penuh kesopanan dan kejituan] ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri. maaf zahir dan batin. ampunnnnn andai kasar saya berbahasa. ngeh2. bak kata sahabat den, muka legend hati kiut. ngeh2.

nah! tatap gambar ketupat ni sepuasnya. siapa nak makan ketupat ayam ni, datang rumah aku. setakat ni aku reti bikin ketupat bawang dengan pasar je, yang ayam tu fail lagi.

4 comments:

Nurfilzahnurfya said...

salam aidilfitri dear. mohon maaf zahir batin k. nak ketupat satowwww !

cik chopu said...

feel; salam aidilfitri. 0-0 ek. sila sila la datang rumah. ngeh2

Asma said...

Bestnye reti anyam ketupat. Aku noob sikit psl bnde2 ni. Mkn retila. Hehe. Slmt hr rye Mas :D

cik chopu said...

asma: boleh la lepasn ni aku buat tutorial anyam ketupat. hehe