geng bas sekolah

Saturday, August 27, 2011

here i am, once again.


assalamualaikum.

hoyeh, aku kembali. berabad jugak tak hapdet blog. ok ini hiperbola semata-mata. gara2 sistem yang kacau bilau, sukacita dimaklumkan blog aku telah diterjah masuk para anon yang hakikinya siswa siswi UTP. sukacita dimaklumkan juga, 2 entri sebelum ini yang bertulis WAS HERE dan UTPBEST, bukan hasil tangan aku, melainkan para anon tersebut.

bukan salah mereka pun ekceli. aku pun ikut ikutan terjah masuk blog orang. tapi tak hingin pulak nak ber-was here bagai. uhuk uhuk.

dan sekarang, aku sedang bersenang lenang di rumah, menikmati santapan berbuka yang maha enak hasil air tangan mak, dan seronok bermanja manjaan dengan keluarga tercinta. berbekalkan buku buku tebal, aku selamat sampai ke rumah dua hari lalu. ulangan, berbekalkan buku buku tebal. ahhhhh, mendukacitakan.

aku perlu memaksimumkan usaha dan menyalurkan kuasa GIGA untuk final exam. hangkut jengkaut nak kaut 40% markah final exam dicampur dengan 60% markah coursework dan test selama ni. sedangkan yang 60% tu dah tinggal saki baki, impian dapat full 40% tu haruslah setinggi gunung fuji.

ke hadapan hipertensi, kau rilek rilek dulu. lepas aku layan rendang, ketupat semua, baru kau datang balik. boleh?

2 comments:

belon said...

nanti ketupat palas campur ngan ayam merah datang dalam perut macam mane? haha

cik chopu said...

amirul hakim : sempena Syawal, pintu perut terbuka luas buat mereka. disambut dgn mulut ternganga luas di pintu utama. haha.