geng bas sekolah

Wednesday, May 30, 2012

syukur.

assalamualaikum.

siapa nampak tulisan merah pos sebelum ni? siapa baca? siapa siapa yang baca terima kasih banyak, tolong doakan. sesungguhnya Allah Maha Mendengar. lepas ni, kalau bercakap, cakap yang baik-baik sebab kata-kata tu satu doa. syukur alhamdulillah result semester lepas walaupun tak dapat nak genggam empat rata, dikurnia rezeki untuk DL sekali lagi pun dah jauh dari expectation.

sesungguhnya nikmat dan kesusahan keduanya adalah ujian dari Allah

kadang aku rasa usaha aku tak setimpal dengan nikmat yang Allah beri. yelah setakat banyak tido dari stadi, mana weh kesungguhan? tapi besarnya kasih sayang Allah, walaupun kita berpaling, Dia tetap kurniakan nikmat. maka lepas ni lipat gandakan usaha. bukan setakat usaha cari kecemerlangan dunia, tapi ada yang lagi penting. cari kasih sayang Allah. kena faham konsep give and take. melebihkan kasih sayang pada Allah untuk dapat kasih sayang dari-Nya.

"Sesungguhnya manusia itu melampaui batas. Kerana merasa dirinya serba cukup" - Al-Alaq ayat 6 & 7

jangan berasa besar dengan apa yang kita miliki. tak sekelumit pun apa yang kita ada hari ini milik kita. semunya milik penuh Rabb kita. dunia ni hanya pinjaman semata-mata. maka tak perlu beriya mengejar dunia. tapi janji Allah, jika kita kejar akhirat, Allah kurnia keduanya dunia dan akhirat untuk kita. dan Allah tak pernah memungkiri janji-Nya. 

aku kena banyak muhasabah diri lagi. sebab aku tak nak berada di zon selesa. sebab nanti aku mudah lalai. dan tak boleh selalu harap ada orang nak ingatkan. kena ingatkan diri sendiri. jangan nak malas. 

p/s: esok balik rumah. pengarang jantung semua dah rindu. tak sampai dua minggu pun balik sini. huhu.

Tuesday, May 29, 2012

harini boleh senyum lagi.


assalamualaikum .

dah masuk minggu kedua. 12 weeks to go for final exam. semoga masa tidak berlari terlalu laju sebab lemak aku dah semakin menebal. jadi kerjaya mengejar masa menjadi amat payah. harini warga utp lemah longlai. sebab lutut ketar, esok result keluar. alhamdulillah aku belum nak heart attack lagi. esok time nak bukak prism mulalah nak parkinson segala. ketaq lutut weh. banyak main sem lepas. baru harini nak menyesal. lepuk sekali baru tau.

good news : lusa balik rumah. sebab jumaat cuti. lagipun encik bapa sibuk call kata banyak kenduri nak kena attend. beliau tak larat makan sendirian. well count me in then. aku dah lama tak merasa nasik minyak. kih kih kih. hmm adakah itu bermaksud lemak akan semakin tebal? ehehehe macam aku peduli. 

mas idayu akan mendapat result cemerlang, amin.


Saturday, May 26, 2012

kipas dangdut.


semalam aku pergi komplen pasal kipas. bayar duit hostel mahal mahal, memang tak expect kipas tenat macam tenuk. entah macam mana aku survive sepanjang sem lepas. mandi peluh setiap pagi marathon atas katil. free sauna, kau hado? kipas orang lain pasang level 5 boleh runtuh bilik, yang bilik aku ni, level 5 memang tahap goyang dangdut inul daratista pun lagi laju.

maka tadi datanglah dua makhluk Allah ni nak repair kipas. wehh ketuk pintu macam nak rompak rumah orang je bak kata suaida. aku punyalah gelabah pakai sweater pakai tudung indon, cepat cepat bukak pintu. kalau tak laju mau tambah masalah. kipas sopan santun, pintu hancur berkecai. alhamdulillah mujur aku mandi awal awal pagi. kalau tak mana nak tempek muka bersalut taik mata weh?

maka dua makhluk Allah ni pun tanyalah, 'kipas slow eh?' err boleh tengok sendiri kan bro. gua pasang level 5 pun, alahai melenggang mak minah je berpusingnya. aku malas nak panjang cerita, angguk je lah. aku pergi dapur, tengok kasut diorang sedap sedap je landing dalam rumah. abe weh, ni bukan rumah orang jepun, bukak pintu baru bukak kasut. haisy.

sementara depa dok repair tu, aku mundar mandir tak tentu hala taktau nak buat apa. tup tup baru teringat, errr harap mata dia tak melilau sangat lah dalam bilik aku. dah la jemur 'macam macam' dalam bilik. haisy bikin malu wehh. ni aku geram ni, lain kali nak datang kasi warning lah awal awal. boleh aku buat full preparation takdelah gelabah macam apa.

haih ok lah memandangkan kipas pun dah laju, maka marilah kita landing dulu. harini sabtu. rumet pi ipoh. aku? ahhhh kita landing duluuu

sekian toceh.