geng bas sekolah

Friday, November 5, 2010

angkat pedang sekarang!

ada satu destinasi yang sangat jauh hendak aku tuju. tapi, aku sendiri belum berani memulakan langkah pertama. bagaimana nak aku tempuh perjalanan beribu batu itu, kalau kaki masih berat memulakan langkah pertama?

lemak yang terkumpul di dalam diri semakin bertambah. hal ini mengakibatkan langkah bertambah berat. patutkah aku berhenti? patutkah aku membantutkan niat yang suci murni kerana tidak sanggup kehilangan?

untuk sampai ke destinasi itu, banyak yang telah aku korbankan. terlalu banyak. dan banyak juga manusia yang turut sama berkorban demi aku. kenapa tidak aku menghargainya? bukankah itu fitrah manusia. hanya belajar menghargai setelah kehilangan nikmat itu. ya, haruslah aku langgar fitrah itu.

bangkitlah mas, berlarilah ke destinasi itu. selagi masa belum tamat, masih belum terlambat

Saturday, October 16, 2010

exploded heart?

rumahku bukan lagi syurgaku,

asrama itu penjara bagiku,

sekolah memang tempat menimba ilmu,

kemalasan terus merajai kalbu,


semua tempat tak aman lagi,

air mata sentiasa membanjiri,

mana pun yang aku pergi,

pasti ada luka di hati,


di mana aku nak cari tempat mengadu?

di mana aku nak menumpang bahu?

di mana aku nak dapat kasih sayang itu?

di mana lagi aku boleh dapat hidup aku yang dulu?

Friday, October 15, 2010

weyyyy

wey, aku dah gila wey!! aku taknak daftar ic kuning macam azamuddin ali wey!

wey, tolong aku wey! aku rindu gila muahxcrew wey! semua benda buat aku rasa bersalah wey! macam mana ni wey??

wey, kenapa spm mengganggu gugat kehidupan aku wey? nyah kau dari sini wey!!

wey, wey, aku nak keluar dari jempol wey, cepat sikitla habis spm wey,,