geng bas sekolah

Thursday, August 30, 2012

barang yang lepas jangan dikenang.

assalamualikum rakan sejagat.

jerawat baru tumbuh di pipi. petanda stres? kejadah apa aku nak stres? nampak molek je dok goyang kaki layan lagu jamal pakai mp3. nak kata study bagai nak gila tak gila mana. setakat bukak buku ke muka buku, bukak buku ke muka belog, mana weh effort sehebat housemates yang makan pun tak menyempat. ni makan pun asyik extra dos. tidur pun melampau lampau tawaduknya. sampaikan tiap pagi mak call bagi ceramah agar pagi pagi dapat study dalam suasana fresh se-fresh ikan di pasar selayang. omegi.

paper academic writing tadi buat aku jadi The Flash kejap. speed menulis meningkat secara mendadak dengan tulisan super cakar ayam made in tronoh. dua jam masa kekejaman bila lima artikel nak kena hadam, nak kena keluarkan isi-isi dan nak kena tulis balik tujuh perenggan. kalau dua jam setengah tu boleh la just sweet gitu. ini memang tahap semua keluar dewan muka harimau lupa bekpes, alahai. 

seketul dah ditumpaskan, empat ketul lagi menanti.

nak belajar tu bukan payah. nak belajar fokus ketika belajar tu yang payah. macam mana lah orang lain boleh study dengan tawaduknya tanpa sebarang gangguan anasir luar eh? 

ok lah, sambung layan lagu jamal sambil kunyah biskut sambil hadam oil & gas jom! 

sekian toceh!


dimulakan dengan bismillah

FINAL EXAM BERMULA!
dear self, selamat berperang

Tuesday, August 28, 2012

hati mana rasa kosong?

redup petang itu
awan tersipu berarak
redup lagi hati itu
tersipu bersemarak

yang indah singgah tak lama
yang perit pun tak kekal mana
hidup bersederhana
bukan itu yang digalak bagi kita?

siapa yang suka bersendiri?
sedang aku tak pernah sendiri
cuma kadang singgah rasa sepi
tak apa, tak lama bahagia pasti datang ke sisi

ikut kata emak
patuh aturan bapak
banyak mereka korbankan
takkan aku pulak nak berkira

insyaAllah andai hidup ikut suruhan-Nya
tinggal larangan-Nya
hati mana rasa kosong?
takkan ada ruang kosong pun

mood raya

Assalamualaikum.

so how's raya? raya still belum habis en. well, parents aku dah dua kali raya dah pun. dey ol dah raya untuk puasa 6 dah pun semalam. why just them meh? aku? aku nak puasa time final exam. baru seronok. dekat rumah makan seenaknya, balik utp puasa lah. kan?

kelmarin pi melawat rakan taulan dan guru guru sbpi jempol. it supposed to be guru-guru tapi apekan daya ticer wahida je yang ada di rumah. lain2 sume kat kampung lagi. sob sob sob. so as usual naik KTM ke seremban dan waiting for ages. biasalah tu, orang tunggu aku, aku tunggu orang. then berayalah di pasaraya sakan sesakan sakannya. azam bawak kereta macam orang gila. serius tak sempat tarik nafas. dan paling terkejut, ameer dah montel. serius terkejut. ngeh ngeh ngeh.

nabil - zatie - yett - alaa' - atya - ticer - eden - fara - ameer - azam - bolis
alaa' dah nak balik jordan 17sept ni. nasib baik sempat jumpa dia. weee serius rindu.

dan semalam pulak, lagilah bertimbun timbun rasa gembira. meet le girls yang kecoh macam apa. drive ke OU, shopping bagai nak gila. ikut nazz punya kepala, memang mengalir macam air duit raya aku. dasar laut sungguh. as usual kalau dah jumpa sembang macam tak heran dah orang keliling nak cakap apa. bukan senang nak jumpa 10 mata en. setahun sekali pun dengan susah payah.

hihi semua dah besar kan? dulu hingusan belaka.
lepas dah naik tercabut kaki berjalan, dah puas sembang, dah kenyang makan, dah habis duit shopping, angkat kaki lah apa lagi. drive ke metropolitan kepong pulokkkk. berpusing pusing pasal salah jalan. alahai dok ligat sembang sampai terlepas simpang. sampai sana makan aiskrim, dan kemudian macam besa laaaaaaaaa, aktiviti wajib, photoshoot lerrr hehehehe.

kalau buat kerja gila, bagi la kat depa ni. yang mustahil pun boleh terjadi.

tiera - mas - alia - nad - nazz [geng gegar library | geng kantin]

le muahx crew :)
nampak sangat alia dengan nazz dah matured gila. aku dengan nad macam errrrr apa kita buat weh kat utp? bila nak matang macam diorang? tiera macam biasa lah, boleh jadi matang boleh jadi gila. siapa kaklong sebenarnya ni? haha. seriously lepas ni memang susah dah nak jumpa masing masing. except for nad, rumet ai, hari hari jumpa. ngeeeee. 

selamat hari raya !

p/s: now perang bermula. final exam nak bunuh aku.





Wednesday, August 22, 2012

aidilfitri 2012

ASSALAMUALAIKUM & SALAM LEBARAN

ngeh ngeh dah raya keempat baru terkedek nak hapdet. tahap kemalasan membuak buak petanda protes sebab ops memujuk bapak balik rumah mek menghadapi kegagalan. frust menonggeng ai. pagi raya pegi rumah kawan bapak, rumah dia penuh dengan keluarga besar, ada nenek dan cucu cucu, tak menangis pulak aku mengenang nenek sendiri. sob sob sob T-T

tunjuk lagi protes, raya kedua ketiga keempat dah taknak pakai baju raya dah. alah setakat duduk rumah, pakai lawa lawa buat apa. tapi bila berderu orang datang tu mula la berlari tukar baju. dasar ~

mak pun dah mula runsing. pagi tadi nak ajak naik genting. takmau. ajak pi sunway. pun takmau. ajak la ke mana pun dalam muka bumi ni, takmau takmau takmau kecuali balik kampung.

dah berapa tahun tak balik beraya rumah mek :'(

ok chill, sekarang kita duduk rumah dan stadi. tak lama nak final dah ni. kalau balik kampung entah apa jadah aku buat. ok mas, setiap yang berlaku ada hikmahnya ya. sila insaf dan motivasikan diri anda.

hihi dalam takde mood nak raya, ni je lah gambar yang ada.

sebelah kiri adalah bapak saya yang degil taknak bawak saya balik kampung, dan sebelah kanan adalah  abang yang taknak bantu saya pujuk bapak balik kampung.

ini adalah saat bersejarah di mana saya pertama kali terima wang raya dari fie :)

Saturday, August 18, 2012

peristiwa berdarah.

ini betul betul peristiwa berdarah, bukan main-main.

aku antara yang terakhir jejak keluar bumi tronoh. kawasan tempat letak kereta tak lagi sesak, takde lagi saman saman yang dikeluarkan akibat parking merata. pakgad mulai layu di penghujung ramadhan. lebih layu bila dapat berita syif raya. keamanan utp siapa nak jaga kalau semua takde. international students yang tak balik beraya tu, siapa nak tenangkan mereka?

maka tadi dengan sukacita kaki melangkah masuk tren ETS menuju KL Sentral. makin seronok bila lagu raya berkumandang dalam tren. sebak pun ada jugak sebab balik lambat dari orang lain. tren pun dah semakin laju laju laju dan laju, dan tiba tiba gedegang! sempat mengucap panjang tadi. apa jadi ni? jangan nak terbabas pulak tren ni. dengan muka tenang, aku cuba sejukkan hati, takde apa lah tu. tren mula lembab dan lembab dan lembab, dan akhirnya berhenti. tren bergerak semula dan berhenti lagi di stesen kampar.

apa yang berdarah?

ok turun je tren, tengok gerabak tu penuh percikan darah. darah siapa? DARAH KERBAU! serius nak menangis dengan nak tahan bau darah lagi, dengan kesian kerbau tak pasal kena langgar lagi. ahhhhhh! bahagian depan tren rosak teruk. dan lepas tu kena tunggu tren ganti dan itulah perkara paling menyampah abad ini. alhamdulillah tak jadi apa apa. dan nasib baik tak brek mengejut, kalau tak memang lebih berdarah lah peristiwa ni. haisy. ok sekian salam lebaran. berhati-hati di jalan raya. and please, beware of kerbau, lembu dan seangkatan tentera dengannya.

Thursday, August 16, 2012

jom packing.

// aku tengah berkemas ni, bilik macam Titanic langgar iceberg
// dalam rumah sekarang tinggal 2/12 umat manusia.
// so sad rumet pun dh tinggalkan aku :'(
// esok off to guabatu again :) tak sabar makkkkkk
// kalau boleh malam ni nak tido awal. sebab? sebaaaaaaaab:
semalam lepas subuh baru boleh tido. tu pun dua jam lebih je. habis final assessment drama je dah pukul 1 pagi. then straight away bersetinggan di bilik orang siapkan esaimen. fuuhhhh last minit habis. taip punya taip punya taip, dh pukul 4.50. untung sopiaa pi beli spicy mcdeluxe, sahur beramai-ramai. dan lepas dh sahur balik bilik, solat subuh, off ke bulan lah. bangun siapkan esaimen lagi, ber-running man ke LH pukul 4 hantar esaimen. lega! alhamdulillah.
// apa cerita drama? ngeh ngeh ngeh sir bagi respon positif. alhamdulillah :) thanks to all group members yang ohsemmmmmmmm.

ahmed | suhaib | hussein | own | ali | jong | fateh | adli | caesar | france | issa | mas | najmah | mai | cameea
 // mereka ohsem gila. gelak macam beruang.
// ok saudala saudali, selamat hali laya :)

ikhlas dari saya, yang tak sabar balik rumah esok :)
// sekian, toceh !

Wednesday, August 15, 2012

selamat hari rabu.

Assalamualaikum.

*gatal tangan jap*
(sepatutnya tengah stadi oil and gas ni, malam ni test, ngeh ngeh ngeh)

tadi after zohor ngaji sikit, lepas tu sedap dok lena atas katil dengan telekung tak cabutnya. bangun pun sebab mak call. cover suara baik punya, taknak la suara bangun tidur tu terkantoi. tup tup mak tanya, dok buat apa, pandai pulak dengan tawaduknya beserta gelak sopan santun jawab kat mak, 'tengah tido mak, ihihihihihihi' . nasib baik mak tengah mood shopping, takdelah kena bebel berbakul bakul.

ooh aku punya la dok berperang dengan rintangan macam macam hal happen minggu ni, sedang ibu bapa seronok shopping raya without me T.T takpa takpa kasi can. dah dua tiga hari ni malam tak tido, selambak kerja nak setel, rasa macam zombi pun ada. pegi kelas awal tapi dok tido la jugaknya. alahai.

apa pun, nak gunakan jugak Ramadhan terakhir ni dengan sebaiknya. usaha perbaik mana yang buruk, insyaAllah bila Ramadhan pergi, takdelah kekesalan dalam diri. hihi.

dan lagi, balik ni ops memujuk bapak balik rumah mek bakal bermula. rindunya mek dan cucu-cucunya :)

sekian toceh!



Wednesday, August 8, 2012

SOS!

pejam celik pejam celik dah nak masuk 20 Ramadhan. dok tengok langit malam malam nampak bulan dari kecik dah makin besor ni dah makin nak kecik balik ni. minggu depan dah start cuti raya. kerja segunung pun tak setel lagi ni. aku dengan ini menyeru untuk mohon bantuan raya. bukan bantuan wang ringgit ke hape, bantu aku setelkan kerja yang menimbun sebelum cuti raya pun aku dah terima kasih sangat. ni tiap malam tawadu' je tidurnya. siang siang pun toksah cerita, lagi tawadu' membuta. 

silakan lah pilih mana mana yang rasa nak hulurkan bantuan dalam to-do-list aku ni:
  • computer organisation test 2 - 9/8/2012
  • interview with Mozambican - 9/8/2012
  • report JPSP for AGM - before 13/8/2012
  • drama final assessment - 14/8/2012
  • structured programming test 1 (postponed) - entah taktau bila sir nak bagi
  • structured programming final assignment - 15/8/2012
  • oil and gas test 2 - 15/8/2012
  • academic writing research paper submission - 17/8/2012
  • dan barulah aku boleh balik rumah dengan nafas sesegar darlie - 17/8/2012 11:30 am
dah pilih? haaa lepas ni boleh lah PM aku kalau nak hulur bantuan. sob sob sob ~~~(T-T)~~~

p/s: tahun ni no baju raya ya.



post marathon.

so far this week ~

05/08/2012 - Moment to Share Titi Gantung 3rd Visit

we ols warga sekretariat rakan muda merempuh kg sepakat jaya sekali lagi. kali ni nak merewang rewang dengan pakcik makcik sempena bulan Ramadhan. berbuka together gether. tarawih together gether. those kids kat sana pun eksaited ngalahkan apa je bila tau abang akak dari UTP nak mai. siap offer suruh tido sana tu. hihi takleh lah dik, dekat UTP segunung kerja menanti. 

amal & fa [berabad jugak nak menunggu semua berkumpul, dasar janji melayu]

gossip session with le makciks

alololo manjanya fasha sandha (bukan nama sebenar) dgn mama dia tuuu

our big boss, mr project manager

ikan bulu ayam aka ikan pikul akhirnya tumpas dalam minyak panas

me with le ikan masins yang tumpas

keh keh keh jaguh kampung tapi pemalu belaka

le akaks with le adiks. ihikks.

sorry susah nak tolak all the lauk pauk yang maha sedap. ini pinggan aku. ada pecal, pajeri nanas, ayam masak merah, le ikan masins, tembikan dan kurma :)
06/08/2012 - Mini Ambulans

ahad malam berlakunya episod kejar mengejar dengan ambulans. nak cerita macam buruk sangat perilakunya. tapi emergency hentam saja lah labu. habis semua lampu merah suaida langgar nak hantar azlin punya pasal. azlin disyaki appendix. jadi lepas bawak ke hospital batu gajah, depa bawak azlin naik ambulans nak hantar ke hospital ipoh untuk operation. memang macam gila la suaida bawak kereta kejar ambulans. lagi la buat jalan macam takde traffic light. balik dalam pukul 4 pagi tunggu parents azlin sampai. wahh serius pertama kali bawak orang pi hospital lagu ni. masuk wad kecemasan. sign kan borang as waris. fuhhh. alhamdulillah operation berjaya dan azlin dah beransur sembuh. 

see, azlin dah boleh senyum :) takdelah nangis macam semalam. serius macam bayi. ngeh ngeh.
07/08/2012 - Iftar with le housemates

suaida punya plan akhirnya jadi nyata. tadi pi berbuka at secret recipe dekat gopeng sana. agak terasa lah duit mengalir dengan cemerlangnya harini. once in a lifetime. haha melampau lah lifetime kan. tapi yeah aku memang agak kedekut belakangan ni memandangkan mak sokmo pesan suruh berjimat cermat. ada siapa siapa nak sponsor aku? silakan silakan. aku dah ketandusan wang saku ni. ngeh ngeh. 

suaida & me (sila abaikan wajah sebulat bulan purnama, alahai)

cameea & raf

mulalah tu si jakun setengah abad sekali jejak secret recipe nak membelek segala yg ada

ini aku punya dan aku rasa sangat tak mencukupi nak dibanding makan dekat rumah boleh tambah tiga pat kali. ahakks

ngeh ngeh jangan sentap pulak aku pos panjang panjang ni. sekarang masa makin suntuk, kalau boleh semua benda nak kumpul banyak2 baru nak buat. dasar pemalas. last but not least, SELAMAT HARI TUA ATHIRAH ANUAR ! MAY ALLAH BLESS YOU :)

sekian toceh !

Friday, August 3, 2012

just graduated :)

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

first of all, selamat menyambut ramadhan al mubarak semua. speech yang agak terlewat, dah nak masuk setengah bulan puasa baru terhegeh nak bagi speech ramadhan. ape pun, peruntukkan ramadhan kali ni sebaik mungkin. semoga semua mendapat keampunan dari-Nya. amin.

apa berlaku harini? mustahil la kan aku nak pos kalau takde apa nak cerita. ngeh ngeh. ceritanya, I'm officially graduated! haha grad foundation je, degree baru je nak habis sem 1. alhamdulillah berjaya harungi foundation year dengan jayanya walaupun cgpa takdelah da bomb gila sampai layak nak duduk island hebakkk. takpe, asalkan kita ikhlas berusaha dan yakin, rezeki Allah tu ada di mana mana. rezeki Allah tu kan muncul dari arah yg tak kita sangka-sangka :)

semoga lebih berjaya batch mates, classmates, housemates, roomates and mates mates sekalian :) amin.

sila klik untuk tumbesaran:

Orang lain naik kereta, we ols mampu menapak je ke Chancellor Hall T.T

le classmates , housemates :)

the techies :) 

lodeh hai mak lodeh, lodeh anak pak saleh 

dua ketul umat manusia genius with me yg biasa biasa aja.

mate :) we've been friend since 2006

utpian yg perasan dah grad degree. puiii !


ok habis dah. sekian toceh !