geng bas sekolah

Wednesday, August 8, 2012

post marathon.

so far this week ~

05/08/2012 - Moment to Share Titi Gantung 3rd Visit

we ols warga sekretariat rakan muda merempuh kg sepakat jaya sekali lagi. kali ni nak merewang rewang dengan pakcik makcik sempena bulan Ramadhan. berbuka together gether. tarawih together gether. those kids kat sana pun eksaited ngalahkan apa je bila tau abang akak dari UTP nak mai. siap offer suruh tido sana tu. hihi takleh lah dik, dekat UTP segunung kerja menanti. 

amal & fa [berabad jugak nak menunggu semua berkumpul, dasar janji melayu]

gossip session with le makciks

alololo manjanya fasha sandha (bukan nama sebenar) dgn mama dia tuuu

our big boss, mr project manager

ikan bulu ayam aka ikan pikul akhirnya tumpas dalam minyak panas

me with le ikan masins yang tumpas

keh keh keh jaguh kampung tapi pemalu belaka

le akaks with le adiks. ihikks.

sorry susah nak tolak all the lauk pauk yang maha sedap. ini pinggan aku. ada pecal, pajeri nanas, ayam masak merah, le ikan masins, tembikan dan kurma :)
06/08/2012 - Mini Ambulans

ahad malam berlakunya episod kejar mengejar dengan ambulans. nak cerita macam buruk sangat perilakunya. tapi emergency hentam saja lah labu. habis semua lampu merah suaida langgar nak hantar azlin punya pasal. azlin disyaki appendix. jadi lepas bawak ke hospital batu gajah, depa bawak azlin naik ambulans nak hantar ke hospital ipoh untuk operation. memang macam gila la suaida bawak kereta kejar ambulans. lagi la buat jalan macam takde traffic light. balik dalam pukul 4 pagi tunggu parents azlin sampai. wahh serius pertama kali bawak orang pi hospital lagu ni. masuk wad kecemasan. sign kan borang as waris. fuhhh. alhamdulillah operation berjaya dan azlin dah beransur sembuh. 

see, azlin dah boleh senyum :) takdelah nangis macam semalam. serius macam bayi. ngeh ngeh.
07/08/2012 - Iftar with le housemates

suaida punya plan akhirnya jadi nyata. tadi pi berbuka at secret recipe dekat gopeng sana. agak terasa lah duit mengalir dengan cemerlangnya harini. once in a lifetime. haha melampau lah lifetime kan. tapi yeah aku memang agak kedekut belakangan ni memandangkan mak sokmo pesan suruh berjimat cermat. ada siapa siapa nak sponsor aku? silakan silakan. aku dah ketandusan wang saku ni. ngeh ngeh. 

suaida & me (sila abaikan wajah sebulat bulan purnama, alahai)

cameea & raf

mulalah tu si jakun setengah abad sekali jejak secret recipe nak membelek segala yg ada

ini aku punya dan aku rasa sangat tak mencukupi nak dibanding makan dekat rumah boleh tambah tiga pat kali. ahakks

ngeh ngeh jangan sentap pulak aku pos panjang panjang ni. sekarang masa makin suntuk, kalau boleh semua benda nak kumpul banyak2 baru nak buat. dasar pemalas. last but not least, SELAMAT HARI TUA ATHIRAH ANUAR ! MAY ALLAH BLESS YOU :)

sekian toceh !

No comments: