geng bas sekolah

Friday, March 23, 2012

2 days ago.

21st march.

hari yang penuh debaran buat aku. oops bukan aku. buat kanak kanak SPM 2011. debar tak debar macam aku taun lepas, sampai nak muntah pun ada. tapi den dah tua, debaran SPM dah lama tinggal. ulang sekali lagi. den dah tua. sekali lagi, DEN DAH TUA.

ok, another hari bersejarah yang bukan satu mesya tau pada tarikh tersebut ialah aku yang dah tua meningkat remaja. err kalau 19 remaja ke dewasa? atau belia? musykil musykil. abaikan. pada malamnya aku tidur dengan nyenyaknya tanpa sebarang gangguan sebab mengantuk tahap zombi kekenyangan. tak dapat nak nyenyak sangat la kan sebenarnya. kalau bersahut sahut sahabat call and message mengingatkan yang aku dah tua meningkat remaja.

hari berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. blushing sikit tengahari tu bila syeda belikan se-bundle buku dengan baucer buku yang dia taktau nak habiskan tu. haha yang peliknya dia pulak yang lebih lebih nak blushing. aww y u so romantic hah? maka balik bilik aku pun dok tweet tweet kononnya angka 19 ni, apa ada? nothing special pun.

malam pergi silat macam biasa. balik rumah macam biasa. tiada apa yang luarbiasa. maka aku pun berangkat ke bilik air nak pergi mandi akibat perpeluhan yang dasyat. rumah sunyi sepi. selipar berselerak dalam tandas. membebel sekejap aku. melangkah je ke bilik air ~ ~ ~ SIMBAH SIMBAH SIMBAH! maka malam tu aku bermandikan sirap telur bersalur tepung jagung ber-dynamo. busuk tahap lalu tepi loji. ooh housemates, y u no romantic at all?

ehhhh silap, diorang awesome and romantik wa cakap lu. lampu padam dan pelakon tambahan dengan rumet tercinta sebagai kapla bawak cheesecake sambil menyanyi dengan suara tak berapa merdunya itu lagu yang paling terkenal di muka bumi ini. gua sangat tacing oke. nak muntah dan nak nangis. dengan wajah zombi gua menyorok di hujung pintu petanda malu. blushing ~

dan selepas itu satu rumah nak perli, 'yelah, angka 19 kan nothing special'. ohoiiiii aku dah tersilap tweet lah. ramai pulak stalker dalam rumah ni. hahaha. terima kasih daun keladi untuk prank yang sangat busuk lagi awesome itu. 

sekian, tahniah kepada yang berjaya dalam spm. 

Tuesday, March 13, 2012

diam luar biasa

dalam diam aku merasa
sebuah rasa yang luar biasa
dalam bingit aku meneka
apakah ia khayalan cuma
dalam sedar aku terlena
dibuai mimpi saat terleka
dalam tak sedar aku terjaga
mengerti hidup bukan ku punya
dalam rasa yang luar biasa
sebuah diam aku merasa

Thursday, March 8, 2012

alkisah pemandu mesya


kalau nak cakap perihal manusia atas jalan raya, memang tak habis.

#1
girlipreng: sayang, macam mana ni? ai takut la drive sesak sesak cenggini.
buayapreng: ala, rilek la sayang. sini ai pegang tangan yu, oops pegang stereng dengan yu supaya yu tak cemas.
girlipreng: awww geli la yu [suara paling manja abad ini]

sementara di sebelah seorang observer dalam kereta asyik memandang.

girlipreng: yu, minah sebelah ni pandang pandang la yu.
buayapreng: takpe yu rilek je, biar ai ajar dia.

hon dibunyikan sekuat hati. ooooh terkejut mak saya!

cuba jangan jadikan jalan raya yang sibuk ni tempat bermanja belajar memandu. agak agak nak girlipreng kau pandai memandu pun, hantar la dia pegi sekolah memandu sana. sibuk pulak nak jadi cikgu tak bertauliah menyusahkan semua orang. hish hish.

#2

orang kata pandu laju maut menunggu. kalau pandu perlahan? membuatkan pemandu di belakang yang nak terkencing tertahan tahan. kita pandu dah stabil. dengan had laju yang belum boleh discan bapak polisi untuk disaman, tiba tiba kereta depan kacau stability dengan gaya mak minah nak ke pasarnya bawak kereta tahap kura-kura. hello aunty, ini lebuhraya. yu nak makan angin pergi pantai sana. dan bila dah dipotong, tau tau dia tengah bersembang hangit di talipon. wahhhhh wa manyak kuciwa lah aunty.

#3
sambil menyelam minum air. sambil memandu balas mesej. sambil memandu pakai mekap. sambil memandu cari barang. sambil memandu hapdet fb- ai tengah memandu ni. ohhh serius tak boleh terima.

#4
langgar lari. tadi seorang lelaki dilanggar lari depan mata aku. hmm dia tak cedera banyak pun. just jatuh motor. adalah seorang lelaki prihatin berhenti tolong angkat dia. sementara pemandu kereta yang melanggar tadi tu ~ ~ ~ ~ mungkin dah sampai rumah makan nasik dengan family tanpa rasa bersalah sikit pun. ooh manusia.

sekian,
wabilahitaufil walhidayah,
jangan merempit jangan buat jenayah.
toceh !


Monday, March 5, 2012

hanya fakta.


Fakta 1: semalam birthday cik ketot@najwalatif [bukan nama sebenar] . 
BIRTHDAY GIRL - NAZIHAH HANAFIAH
she turned 19 yesterday
tapi sokmo perasan muda.
May Allah bless you dear. ILOVEYOU :)

Fakta 2: esok test LPC. dan aku masih meronggeng around. moga-moga semua jawapan akan keluar dalam mimpi malam ni. aminn.

Fakta 3: lusa due assignment IBIS. dah siapnya cuma 50%. haha macam mana nak strive for triumph ni kalau kerja pun masih bertangguh.

Fakta 4: lusa balik. dan itulah yang aku nantikan sejak seminggu yang lalu.



Saturday, March 3, 2012

the end and the beginning.


assalamualaikum manusia sejagat.

banyak sangat pos tergendala. mati kutu nak menulis. nak tulis essay apply scholarship pun merangkak-rangkak. menyorok dalam perigi ke aku yang dulu? so what happened yesterday and the day before?

29022012

ok aku dah miss pos 4 tahun sekali. boleh buat tak endah dengan tarikh unik yang tak selalu sunggah. I wonder  did I post anything on 29th feb four years back? ok lepas ni cek [aku dah cek dan rupanya masa tu aku belum mula berbelog, hihi] 29feb adalah hari penat lelah aku tahun ni. after solat zohor, lintang pukang dengan other housemates+classmates pergi tesco taman maju. apa bikin sana? of course lah lunch dulu kasi penuh tangki. then bergerak ke pejabat daerah perak tengah, sibuk cari pegawai nak cop pengesahan. kami anak dagang duduk jauh dari rumah datang mintak simpati pegawai daerah perak. dan alhamdulillah mereka yang bertugas adalah manusia yang sangat sangat ramah. susah nak jumpa pegawai kerajaan yang nice macam tu. especially dekat imigresen few years back. mintak simpang. uhukk.

selesai dekat pejabat daerah, cepat cepat ronda taman maju cari bisnes yang sesuai untuk disumbat ke dalam esaimen kitorang. jumpa sasaran terus serbu. at first auntie tu macam taknak layan kitorang sebab takut kena intebiu macam macam. tapi dengan 5mulut yang ada, A sampai Z dia membebel pasal bisnes dia. ok done with that part, tinggal nak taip dan hantar je lagi.

habis semua tu, balik singgah pasar malam, solat asar dekat old mosque, lepak @ pavilion UTP makan makan, camwhoring kejap then baru balik. lelah sangat. malam silat pulak. haih.

sahabat serumah sekelas sekotak sekatik


02032012

apa jadi semalam? permulaan bulan yang membikin jantung dup dap dup dap. semalam ada phone interview dengan maybank. and it was my first time ever. jadi aura jakun dan cuak berganda ganda ya. janjinya nak call pukul 4, tunggu punya tunggu, 4.30 baru dia call so jiwa kacau tu memang tak terhingga la. 

basically dia memang banyak tanya pasal aku je. aku pulak celupar sangat pergi cerita panjang lebar membuatkan dia makin banyak soalan nak tanya aku. some of the questions are:

  1. When you were a prefect, how did you handle with problematic friends?
  2. Have you faced any difficulties in doing your work in editorial board?
  3. What is your ambition?
  4. Why do you choose that ambition?
  5. Why do you think you deserve this scholarship instead of other?
  6. If you can change anything in life, what will you change?
  7. What is your greatest achievement in life?
  8. If we give you the scholarship, what will you distribute to Maybank
  9. and other few questions yang mencarik bulu roma
  10. macam soalan survey je kan kan kan? 
you think phone interview is easy? ya think? ya really think ???? think twice.

bukan mudah nak otp dengan someone you never met before, tiba tiba je nak korek A sampai Z pasal kau. oh no, amat payah oke. aku dah lah lenguh sikit cakap talipon lama lamaan. the longest conversation was 15 minutes. dan ni, ada dekat setengah jam dia borak dengan aku. lenguh sangat. dan aku pun macam gagap bebenau untuk seketika. nevermind, all is well.

next dia tanya if aku ada soalan nak tanya, haaaa ada la dua tiga soalan aku tanya dia regarding the scholarship. at last dia kata, kalau pass yang ni, ada another interview dekat menara maybank kelak. doa doakan lah ya. [with the fact that I was gagap bebenau, really need your doa]

ok habis sudah 2 chapter kehidupan yang aku dah tangguhkan. sekian toceh :)