geng bas sekolah

Friday, March 23, 2012

2 days ago.

21st march.

hari yang penuh debaran buat aku. oops bukan aku. buat kanak kanak SPM 2011. debar tak debar macam aku taun lepas, sampai nak muntah pun ada. tapi den dah tua, debaran SPM dah lama tinggal. ulang sekali lagi. den dah tua. sekali lagi, DEN DAH TUA.

ok, another hari bersejarah yang bukan satu mesya tau pada tarikh tersebut ialah aku yang dah tua meningkat remaja. err kalau 19 remaja ke dewasa? atau belia? musykil musykil. abaikan. pada malamnya aku tidur dengan nyenyaknya tanpa sebarang gangguan sebab mengantuk tahap zombi kekenyangan. tak dapat nak nyenyak sangat la kan sebenarnya. kalau bersahut sahut sahabat call and message mengingatkan yang aku dah tua meningkat remaja.

hari berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. blushing sikit tengahari tu bila syeda belikan se-bundle buku dengan baucer buku yang dia taktau nak habiskan tu. haha yang peliknya dia pulak yang lebih lebih nak blushing. aww y u so romantic hah? maka balik bilik aku pun dok tweet tweet kononnya angka 19 ni, apa ada? nothing special pun.

malam pergi silat macam biasa. balik rumah macam biasa. tiada apa yang luarbiasa. maka aku pun berangkat ke bilik air nak pergi mandi akibat perpeluhan yang dasyat. rumah sunyi sepi. selipar berselerak dalam tandas. membebel sekejap aku. melangkah je ke bilik air ~ ~ ~ SIMBAH SIMBAH SIMBAH! maka malam tu aku bermandikan sirap telur bersalur tepung jagung ber-dynamo. busuk tahap lalu tepi loji. ooh housemates, y u no romantic at all?

ehhhh silap, diorang awesome and romantik wa cakap lu. lampu padam dan pelakon tambahan dengan rumet tercinta sebagai kapla bawak cheesecake sambil menyanyi dengan suara tak berapa merdunya itu lagu yang paling terkenal di muka bumi ini. gua sangat tacing oke. nak muntah dan nak nangis. dengan wajah zombi gua menyorok di hujung pintu petanda malu. blushing ~

dan selepas itu satu rumah nak perli, 'yelah, angka 19 kan nothing special'. ohoiiiii aku dah tersilap tweet lah. ramai pulak stalker dalam rumah ni. hahaha. terima kasih daun keladi untuk prank yang sangat busuk lagi awesome itu. 

sekian, tahniah kepada yang berjaya dalam spm. 

3 comments:

Anonymous said...

happy belated cik chopu dah tuaaa hhaha

D-SIM said...

hannah selwa

cik chopu said...

hihi thanks sbs