geng bas sekolah

Friday, October 14, 2011

kelam malam.


semalam. aku habiskan sisa sisa malam dengan berjalan. berjalan meneroka malam. malam yang cerah dengan cahaya bulan. dengan cahaya lampu warna-warni pada pohon sekitar. bercerita bepuluhan bab sketsa kehidupan. yang lama dikenang. berkongsi kisah sang rakan. nyata dia pedih dalam manisnya oh senyuman. aku masih setia mendengar. dan akan terus setia. kerana hanya itu aku mampu.

saban malam, aku hanya melingkar di katil ini. tak pernah aku cuba jenguk ke luar tingkap. melihat indahnya malam. menyaksi drama tempatan. banyak, memang banyak. rimas aku melihat. aneka warna kulit manusia. bercengkerama di mana-mana. ini kan sebuah institusi pengajian. kau datang mengaji atau datang berpasang-pasangan ?

andai saja itu jadi pada aku. betapa hati emak akan tercarik kan ? betapa hati bapak akan terguris kan ? lelah mencari rezeki demi ilmu untuk aku. sewenangnya aku calarkan kepercayaan mereka. ya Allah, jauhkan aku dari itu.

4 comments:

belon said...

tegur diorang. grrr kalau tak boleh, tumbuk je.haha biasalah darah muda. semua manusia sebegitu.

cik chopu said...

amirulhakim: haha mas tak tegur, mas tenung. paham sendiri lah kan. tegur kang melenting. itulah darah muda kan.

D-SIM said...

gatai naaa budak utp berdating-dating nih :P

cik chopu said...

dsim: haih tu lah dia