geng bas sekolah

Tuesday, September 27, 2011

siapa di sebelah kamu sebenarnya ?


sepak bola.
bukan hanya guna satu kaki.
tapi kedua-duanya.
satu menyepak.
satu lagi bertongkat teguh.
menampung yang menyepak.
agar tubuh tidak jatuh.

kadang kita tak sedar.
yang sentiasa di sebelah kita.
sebenarnya yang paling menjaga kita.
kadang kita tak perasan.
tak pernah pula berterima kasih.
berjalan megah pula.
kerana kita rasa,
kejayaan itu milik kita sahaja.
tanpa kita sedar,
hadirnya dia menongkat kita.