geng bas sekolah

Thursday, June 2, 2011

lambakan tugas.


esok cuti. maka berpusu pusu umat manusia rajinkan diri balik kampung halaman. aku? lupakan hasrat nak balik rumah. mak tak bagi. berbekalkan fakta baru dua minggu dok sini, memang sengaja cari pasal lah kalau merengek rengek nak balik. mak kata bukan tak rindu, cuma nak lemak maniskan lagi rasa rindu. lama lama pisah baru best bila jumpa. jejak kasih guabatu-tronoh.

ekceli rumet pun tak balik. sebab tu dengan beraninya tak balik sama. jiran jiran semua dah lenyap. mungkin ada yang dah sedap landing atas katil masing2 dalam bilik masing2, ada yang tengah enak jilat jari santap masakan bonda, ada yang tengah bantai joget2 satu rumah ke, siapa tau. aku buat apa? bilik dah banjir dengan lambakan assignment, mana perginya hasrat untuk tidur lebih masa? lupakan lupakan.

suatu ketika, senior pernah mengatakan, 'pentingkan perkara yang terpenting daripada perkara yang penting, kerana perkara yang terpenting itu adalah lebih penting daripada perkara yang penting'. yeah mari mula mengaplikasi.

oke, mari rajinkan diri siapkan assignment. ketap ketip hadap belog laju je, tang assignment lemah gemalai pulak jari jemari aku menaip. cis cis cis.

sekian toceh!

2 comments:

belon said...

hahahha tu perkara biasa lah. eh, sapa kawan mas uh?

cik chopu said...

amirulhakim: hmm orang yg makan garam dulu memang lebih mngerti. haaa find her, hanani natasya ~