geng bas sekolah

Thursday, May 12, 2011

kamen rider demam.


baca title, aneh tak? kamen rider mana pulak yang demam? bukan eiji hino, bukan tendou shouji. akulah aku, kamen rider yang demam tu. ditambah pulak mak kamen rider sakit pinggang. memang kacau bilau lah pentadbiran house chore. nasib baik mak kamen rider ni, wanita besi. dalam sakit pinggang, penuh jugak meja dengan santapan.

mula mula sakit tekak ingat selsema je. harini badan dah terasa sejuk panas sejuk panas. tapi jangan risau, kamen rider kan hero. bakteria jahanam yang sibuk melemahkan antibodi aku, tak lama lagi bakal di-flying kick keluar dari body. sekarang ni bukan masanya nak berlagak gemalai, lemah lembutkan tubuh terlantar atas katil. banyak benda nak kena settle. banyak lagi misi mengamankan dunia belum selesai. huahua.

tadi tengok berita, rupanya IPU area lembah klang dah cecah 101. tahap bahaya. mak, jom pindah rumah! udara sini dah tak sihat untuk dihirup! tambah lagi dengan orang sebelah yang nampak gayanya masih meneruskan aktiviti open burning dia seperti sediakala. memang senang lah aku dijangkiti. sekian laporan kamen rider harini. mari tatap poster hero mesya !

ingat jepun je ke ada kamen rider?

cak ! duduk jauh jauh sikit, nanti berjangkit

kamen rider perasan bagus.

sekian toceh!



17 comments:

fieya said...

mas demam demam pun tetap comel gak.

hehe semoga cepat sembuh hero mesya ! :)

cik chopu said...

fieya: haha comel? tang mana tuh? pos ah bubur sini. nanti aku sembuh lah. hehe

Asma said...

Hoyee kamen rider demam? Ssah la Bumi mcmneh. Huahua. Get well soon Mas :)

anak enMahyat said...

mas.henshin!!
get well soon.
dah baik nnti contact aku.aku blanje burger king.huhu

belon said...

alolololo ceannye kamne rider demam! cmne nk selamatkan bandar nih?? hahaha musuh byk ag kat luar uh! hahah

azalia hjsalleh said...

jgn lupa mkn ubat okayyyyyy

cik chopu said...

syahirah: yettt! aku dah baik dah. bila nak belanja? boleh henshin henshin sesame. wee wee [hehe dan dan baik dengar kau nak belanja BK]

cik chopu said...

asma: yeah doakan kamen rider cepat sembuh. tak sabar nak lawan makhluk asing

cik chopu said...

amirulhakim: ha tau takpe. dah kacau bilau dah bandar nih. haih terpaksa la encik ultraman handle dulu sementara wktu nih.

cik chopu said...

azalia: heh ubat? (-_-") takmau takmau takmau.

KURARIMMBA said...

perasan diri kamen rider. HAHA!

cik chopu said...

kurarimba: haha memandangkan aku rajin henshin, apa salahnya perasan kadang2 en.

belon said...

encik ultraman un beta dgr die eksiden lah. nobita g langgar die.huhu

cik chopu said...

amirulhakim: lah, pulak dah. takpe takpe, stok power rangers ramai.

Anonymous said...

ptot r ceq pon selsema..kamen rider bwk virus..:P

Shazwani Ramly said...

hahaha. kelakar tgk pic tuh. anyway, comel ^^

cik chopu said...

shazwani: hehe muka demam huduh kalau dipaparkan