geng bas sekolah

Monday, May 30, 2011

mas idayu bukan salma mentor


orang yang baru kenal aku mesti akan tanya, 'MAS IDAYU? KENAPA MAS IDAYU?'

dah kenapa dengan nama aku? perlu ke tanya aku kenapa dengan nama aku?

weird kan,

berani pergi tanya encik saleh dengan puan haminah. aku rasa mereka ada complete explanation.

sekian toceh!

[ada orang kata muka aku macam salma mentor. adekah adekah adekah ? takdak kan kan kan?]

Sunday, May 29, 2011

hidup.


ilmu calculus
serumit kehidupan
bila dirungkai
rupanya mudah
macam kehidupan
yang menjadikan rumit itu kita
cuba permudahkan
mungkin lebih lancar jalan hidup

kalau ikut jalan gelap
selamanya takkan temui jalan keluar
kalau ikut jalan terang
usah mencari
depan mata destinasi menanti

kelam hari ini
tak bermakna kelam masa depan
cerah hari ini
tak bermakna cerah hari mendatang
kuat mana pun kita
ada yang lebih berkuasa yakni Dia
ikhlaslah menadah tangan
memohon pada-Nya

[diketap ketip saat jiwa sedang memberontak menghadap soalan calculus]

Saturday, May 28, 2011

dan lagi.


apa yang aku buat harini? hari penuh kejadah pelik

medical checkup - 2nd time buat xray, masih rasa geli geli macam dulu. festaim ambik darah. besar pulak en jarum dia. biru jugak lah tangan aku. banyak pulak darah dia ambik. festaim buat urine test. lagilah macam haremm. macam mana nak buat? err err.

balik medical checkup - sedang jalan jalan balik hostel, tengok drama tempatan kejap. satu couple jalan jalan pegang tangan. jakun jugak aku menonton. festaim nampak sejak aku sampai sini. usha punya usha, jalan tak pandang depan, banggggg langgar banner. macam siot je. couple tu bantai gelakkan aku. padan muka aku. tak berlari pulak aku dari situ, haih.

petang yang damai untuk tidur. kalau la mak tau ~ tido punya tido, at last mimpi kawen. gila nightmare. taknak tido siang lagi dah.

[kenapa kalau aku buat jahat mesti kantoi ha?]


Friday, May 27, 2011

another story.


aku tau kau dah muak, sini aku nak cerita lagi perihal utp.

this is real, this is me :) [oath taking ceremony]

roomate - siapa rumet aku? makhluk asing yang kabut. makhluk asing yang suka tinggal itu ini. makhluk asing yang kuat tido which is lagi dasyat dari aku. makhluk asing yang aku dah kenal sekian lama. makhluk asing yang memang sekotak sekatik dari zaman hingusan. siapa dia? nadhirah mohd rosdi. cinta hati pengarang jantung beta. terimakasih utp sebab kasi pilih pilih rumet.

senior.aku.roomate.hidayah

course - memang jauh menyimpang. patut ambik engineering tapi dah jadi ICT. ada cadangan dari kaunselor suruh tukar course ambik engineering. tapi maaf seribu kali maaf, aku susah adapt fizik kimia. dan padan muka aku, for this while, kena belajar bisnes, kena belajar ekonomi. menyimpang jauh gila dari landasan sebenar. untuk foundation saje, alhamdulillah. degree insyaAllah belajar ICT lebih lanjut. english dengan precalculus quite interesting. cuma bisnes dengan eko, haih tak terdaya nak baca.

free time - setakat ni memang banyak lagi masa senggang yang boleh diisi dengan tidur, blogging, online, jog around, basuh baju. lepas lepas ni taktau life macam mana. september dah final exam. cuti julai empat hari, entah balik entah tidak. lepas raya exam. wahhh inikah kehidupan?

senior - setakat ni masih ragu ragu bila selisih dengan senior. kena senyum kah? tunduk kah? pura pura tak nampak kah? atau menonong saja kah? serius rasa macam form 1 balik. banyak rules yang kononnya tak boleh dilanggar. tapi aku tengok senior rilek je langgar. maka senior borek junior rintik la sepatutnya kan. tapi takpe, yang buruk jadikan sempadan, baik jadikan teladan.

aku.senior.senior.hidayah [smart group/usrah]

classmate - yang ni best. perempuan okay lah, takde masalah. aku memang luarbiasa punya peramah. tapi guys, errrr errr errr. nak form group untuk assignment ekonomi pun berpeluh peluh nak cari guys join group. memang fail betul. cis cis cis. akhirnya dapat lah hasil bantuan rakan mesra alam.

ok sekian toceh !

Thursday, May 26, 2011

MAS - minggu aluan siswa

pejam celik pejam celik, harini hari kelapan aku terperosok di ceruk tronoh. hari kelapan aku tinggalkan rumah. hari kelapan aku tinggalkan bilik. orientasi baru tamat semalam. maka inilah alkisah orientasi ~

you are rubbish! you are rubbish! all of you are rubbish! rubbish! rubbish! rubbish!

aku = manusia. aku = student. aku = anak orang. maka dari mana datangnya aku=rubbish? dari mana datang? dari mana? sakit hati tak orang samakan kau dengan sampah? sedangkan kau salah apa pun, kau taktau. oke, tak nafi batch aku memang degil lain macam sikit. mana pergi mulut orang dok kata batch paling teruk, batch paling teruk. statement basi.

maka agak muak lah dengar 'you're rubbish' again and again masa orientasi haritu. head of discipline luarbiasa betul dia punya baran. kecut perut aku tiap malam. sikit punya salah pun boleh bergegar bumi. terpikir jugak nak buang diri kat tong sampah je tiap malam rather than balik tido kat hostel. dah nama pun rubbish kan.

serius penat gila minggu orientasi dengan kejar sana kejar sini. nak gegar fasi mintak sign lagi. bukan sorang dua, 100 lebih kot. siapa tak penat. aku bukan robocorp. dengan kena prank lagi. gila lurus bendul aku. mentah mentah kena tipu. empat fasi bantai komplot kenakan aku. cis cis cis. tapi bila ingat, sumpah lawak.

at last semalam, tengok semua effort depa, tengok video depa buat, tengok birthday surprise depa buat, memang berbaldi airmata. serius kalau harijadi aku semalam, seminggu aku nangis terharu. huhu. dan rupa rupanya head discipline pandai gila berlakon. lagi tak matang dari kitorang kott. haha. susah nak percaya yang dia dok marah2 selama ni gimik semata2. cis tertipu lagi. dia paling tak matang among all! haha.

thanks facilitators !

harini pagi petang kelas, balik hostel dah taktau apa nak buat. selalu lari terkejar kejar nak pegi chancellor hall, main hall, masjid annur, sports complex untuk slot orientasi. ni dah takde apa nak buat. lepasni aku bantai tido je lah. oke, fasi ajar jangan complain, jangan compare, jangan criticize. ai ai kapten! hehe sekian toceh!

[aku kagum gila dengan med tech club. macam nak join, hehe]

Tuesday, May 24, 2011

i need some massage. anyone?

status: currently in utp. sedang jalani minggu penat minggu lelah kejar kelas, kejar minggu aluan siswa (MAS), kejar masa yang makin lama makin laju dari roller coaster, kejar telunjuk fasi lagi. aktiviti ternak lemak tak berjalan lancar. kurang masa untuk makan. otot kaki semua dah loose. aku balik rumah nanti nak ajak mak pegi spa manjakan diri diurut urut. hostel tingkat tiga bikin aku merana. kafe sebelah hostel, alhamdulillah memenuhi selera pemakan berkaliber :0 kelas berbatu batu jauhnya. cuaca sangat panas. aku sangat malas bawak payung. maka aci redah panas hujan. tiga benda kena buang - complaining, criticizing and comparing. kenapa? later on aku explain. huahua.

serius banyak gila benda aku nak cotcetpotpet kat sini. malangnya hidup kejar mengejar memang parah.

pssssttt: banyak sangat cakap homputeh kat sini. haih.

Wednesday, May 18, 2011

bertukar !


selamat tinggal family,
selamat tinggal tidur lepas subuh,
selamat tinggal tidur siang,
selamat tinggal online 24jam,
selamat tinggal malas malas,
selamat tinggal gaduh dengan fie,
selamat tinggal astro ceria,
selamat tinggal hangout day,
selamat tinggal ladang anggur,
selamat tinggal masakan mak,
selamat tinggal house chore,
selamat tinggal bilik,
selamat tinggal bilik air,
selamat tinggal rumah,
selamat tinggal guabatu,
selamat tinggal selangor,
selamat tinggal ~

hai UTP,
hai tronoh,
hai perak,
hai kawanbaru,
hai makhluk asing,
hai makanan asing,
hai bilik baru,
hai room mate,
hai tandas,
hai belajar,
hai stay up,
hai assignment,
hai rasa rajin,
hai jimat duit,
hai hai hai !

ahhhh malas nak packing. malas. dah segunung barang dalam bilik. mak dah potpetpotpet sejak semalam. haih, adios people ~

Tuesday, May 17, 2011

perempuan perempuan


perempuan perempuan.
aku tak nafi perempuan memang rumit.
fikiran rumit.
perasaan rumit.
susah ditafsir.
guna kamus oxford sekalipun,
tak mungkin mampu tafsir.
aku siapa?
aku perempuan.
ya sebab itu aku berani bersuara.
siapa tak setuju,
oke takdehal.
kita otak lain lain.

perempuan perempuan.
mudah sangat jatuh suka.
ini kawan aku kata.
tapi aku tak nafi.
lelaki baik sikit,
lelaki caring sikit,
dah berdetak hati.
dah bergoncang jantung.
dah berbunga bunga jiwa.
siapa tak setuju,
oke takdehal.
kita otak lain lain.

perempuan perempuan.
jagalah hati biar kekal suci.
jagalah jiwa biar kekal bersih.
jagalah rohani biar kekal berseri.
jagalah pergaulan biar jauh fitnah duniawi.
jagalah diri biar cantik peribadi.
cantik luar cantik dalam cantik serba serbi.

perempuan perempuan.
jangan sampai orang gelar kita betina.
kita lahir sebagai perempuan,
membesar sebagai gadis,
matang sebagai wanita,
jiwa secantik srikandi.

[aura puitis sedang ke udara. ampun andai kasar aku berbahasa]



Saturday, May 14, 2011


yeah makin hari blog makin gila. terima kasih aku ucapkan kerana dah menghilangkan semua komen yang ada pada entri aku sebelum ni. larilah aku dari sini. pergi rawat luka rumah mak mentua. cis cis cis.

Thursday, May 12, 2011

kamen rider demam.


baca title, aneh tak? kamen rider mana pulak yang demam? bukan eiji hino, bukan tendou shouji. akulah aku, kamen rider yang demam tu. ditambah pulak mak kamen rider sakit pinggang. memang kacau bilau lah pentadbiran house chore. nasib baik mak kamen rider ni, wanita besi. dalam sakit pinggang, penuh jugak meja dengan santapan.

mula mula sakit tekak ingat selsema je. harini badan dah terasa sejuk panas sejuk panas. tapi jangan risau, kamen rider kan hero. bakteria jahanam yang sibuk melemahkan antibodi aku, tak lama lagi bakal di-flying kick keluar dari body. sekarang ni bukan masanya nak berlagak gemalai, lemah lembutkan tubuh terlantar atas katil. banyak benda nak kena settle. banyak lagi misi mengamankan dunia belum selesai. huahua.

tadi tengok berita, rupanya IPU area lembah klang dah cecah 101. tahap bahaya. mak, jom pindah rumah! udara sini dah tak sihat untuk dihirup! tambah lagi dengan orang sebelah yang nampak gayanya masih meneruskan aktiviti open burning dia seperti sediakala. memang senang lah aku dijangkiti. sekian laporan kamen rider harini. mari tatap poster hero mesya !

ingat jepun je ke ada kamen rider?

cak ! duduk jauh jauh sikit, nanti berjangkit

kamen rider perasan bagus.

sekian toceh!



Tuesday, May 10, 2011

panas.


cuaca panas, bukak tingkap luas luas, konon nak bagi masuk angin malam malam ni. yang masuknya bukan angin, pedih mata den tahan asap masuk bilik. cis cis cis. aku dah lama tak puas hati dengan orang sebelah ni. hari2 kerja nak membakar je. membara bara lah hati aku. pedih mata aku menahan asap.

geram tapi takkan nak aci redah rumah dia pegi sound membabi buta kan. memandangkan beliau pun warga emas, lagilah tak sampai hati. memang hipokrit kelas satu lah aku kalau bantai borak dengan dia. muka kena senyum senyum, kang masam masam dapat cubitan manja mak aku, memang parah masuk ICU.

susah bila hidup asek nak kena jaga hati orang sedangkan hati sendiri digigit-gigit. haih.

Monday, May 9, 2011

masadepan.


yeah tak lama lagi episod goyang kaki ternak lemak tanam anggur di rumah bakal berakhir. lepasni mula la minggu skema ayam, minggu study, minggu pagi masuk kelas malam belajar macam zaman sekolah. or mungkin lagi pack, entah aku tak tau. orang kata hidup dekat u tak sama macam dekat sekolah. more fun dekat u katanya. berjoget tak sabar den macam ni. [lepas seminggu mula call mak, nak balik nak balik haha]

kena tinggalkan:
# tidur lepas subuh
# masakan mak
# lepak lepak hadap tenet 24/7
# episod malas sedunia

kali ni aku merantau pi perak pulak. zaman asrama tercampak pi negeri sembilan. hoyeh, sesungguhnya bandar sri iskandar sangatlah tak interesting. haih, memang nak suruh belaja. maka lepas ni, takde hangout hangout, takde bergumbira manjang. ahh terpenjara balik.

oke nanti bebel lagi, sekian toceh!


Saturday, May 7, 2011

si perobek hati,


hati, kalau terasa sakit, terasa terguris, terasa dirobek, kenapa tak menjerit? menjeritlah beritahu si pemberi rasa sakit, beritahu si pengguris, beritahu si tukang robek sesungguhnya kau perit menahan pedih. sudahlah cela si perobek hati, jangan kau sangka mereka punya kuasa untuk tahu sakit yang kau tanggung.

tanpa sedar, akulah rupanya yang rakus merobek hati. hati yang penuh rasa sayang, mula terhakis bagai dicurah asid. sungguh andai kau menjerit, aku pasti kalut mengubat luka, aku pasti kabut mencari penawar. tapi ya, masa tak lagi mengengsot. masa berlari laju. masa menggelongsor pergi. mana mampu aku kejar. akhirnya, hati indah itu hilang. tinggal cebisan memori yang berserakan.

[entri ni buat seorang kawan yang aku sayang. sungguh aku tak berniat bikin hati dia luka. sungguh aku bukan sengaja lari dari janji. sungguh itu takdir yang tak dapat aku lari. maafkan aku]

Friday, May 6, 2011

sini sini


bukak fb bukak belog, sana sini warga spm 2010 busy hapdet pasal upu. senyum sana sikit, senyum sini sikit, sengih sana sikit, sengih sini sikit, aku serius-ly tumpang gembira atas kegembiraan depa semua. yang tak dapat berita gembira tu, chill lah. rezeki Allah ada di mana-mana. kalau rajin gali cari, tak mustahil pun untuk dapat. bapak den kata, kat mana pun kita, asal nak belajar, pasti berjaya. kalau no1 punya pemalas, takde minat nak belaja, hantar lah pegi oxford pun, mati kutu jugak.

pukul 12 tadi serius berdebar jantung macam nak terkeluar dah. macam budak2 lain, aku tak terkecuali pergi sesak sesakkan diri di web upu. tak letak harapan tinggi, tapi memang luarbiasa dasyat punya debar. haih debaran hari jumaat. berbuih buih baca bismillah moga2 berkat hari jumaat. dah tersembul keluar keputusannya, alhamdulillah aku dilempar ke uiam untuk asasi kejuruteraan dan sains komputer.

lepastu sepantas kilat bukak fesbuk. jadi stalker kelas satu kejap, investigate senyap2 depa yang lain dapat pi mana. huahua. yeah setakat ni yang dah berjaya diselongkar, berbelas jugak la geng sbpij yang lain dapat uia jugak termasuklah syahirah mahyat yang kucintai. haha. gua banyak suka lah.

oke done. nafsu untuk bercerita dah terubat. sekian toceh!

Thursday, May 5, 2011

a.w.a.r.d


*joget joget* *senyum senyum* *sambung joget*

hiyaaa emosi terlebih stabil malam ni setelah seharian emosi terganggu. siapa tak geram bila encik bapa asek mendesak cik anak pegang stereng harihari demi memantopkan gaya panduan. kalau suruh bawak yang auto, kecik tapak tangan nyiru ditadahkan. ini tak, dah lah manual, left hand drive pulak. lemau lemau.

okey, apepun kepada cik feel, thanks yaww! anda sudah bikin hati lara jadi sangat gumbira. tau kenapa? sebab dia dah kasi den satu award. ini dia ~


tapi dah dapat award, ada pulak syaratnya. yeah hidup penuh peraturan. ikut dengan pasrah.

1. Post linking back to the person that gave you the award
[dah buat dah di atas]

2. Share 7 random things about yourself
# manusia planet bumi bukan marikh bukan musytari
# si manis lapanbelas
# harijadi 21mac setiap tahun
# rajin bila disuruh makan
# pemalu -_- lah sangat
# gemar joget joget satu rumah
# start blogging since 2008

3. Award 15 recently discovered blogs
[nak bagi empat sahaja]
anis saadi
syahirah mahyat
fathiah
nor safina

4. Drop them a note and tell them about it
[oke done!]

aku akhiri dengan wabilahitaufik walhidayah, jangan merempit, jangan buat jenayah. sekian toceh!


Wednesday, May 4, 2011

ya, aku tak matang.


lelah dah dengar orang dok sebut sebut ayat ni
"bila la kau ni nak matang"
lelah lelah lelah
apa jawapan? esok? minggu depan? bulan depan? atau tahun depan?
aku akui aku jalan terhuyung-hayang
aku akui aku memenuhi ciri-ciri si bongsu yang cemerlang
aku akui aku suka pancarkan emosi dengan gaya terbaik dari bendang
aku akui aku suka 'ganggu hidup' abang aku dengan bermacam cara
aku akui gaya duduk aku tak macam si manis lapanbelas
aku akui aku sanggup takmandi demi kartun
aku akui aku suka bukak astro ceria
aku akui aku suka berebut makanan dengan abang
aku akui aku jerit panggil mak bila terasa bahaya
aku akui aku suka joget-joget satu rumah
YA, AKU AKUI AKU TAK MATANG
bila saatnya tiba dan kau rasa kau dah tak kenal aku lagi, percayalah saat itu aku dah matang. dan percayalah saat itu kau akan dapati, aku seorang yang membosankan. dan aku tak pernah menunggu hari itu tiba.

Tuesday, May 3, 2011

mereka yang tegar.

*senyum senyum*

attention attention. sila tengok belah kiri belog den. tengok tengok. aku baru letak satu widget. kalau anda perasan, ada widget commentators tegar aku taruk situ. dan yes aku orang paling teruja sebab berjaya jugak taruk benda tu setelah sekian lama niat terbengkalai. takpe sini aku tunjuk kalau malas nak scroll bawah.

haaaa itu dia. ramai jugak yang peduli tentang blog aku rupanya. waa terharu. terimakasih daun keladi. blog ni yang banyaknya tentang aku je, bajet aku primadona gilaan ramai yang semua orang nak tau pagi pagi aku mandi pukul berapa, makan nasik berapa pinggan sehari. tapi setakat ni belum ada lah para anon yang terjah aku suruh aku gulung tikar dari dunia blog. hehe apa maknanya tu?

sebab mood banyak baik. sebab teruja yang bukan sikit, aku dengan baik hatinya nak tepek blog top 3 komentar yang di atas ni. wee wee depa ni geng geng sbpi jempol. tu yang depa rajin cotcetpotpet kat sini tu :)

yang ni blog anis kristal. yang aku suka tentang blog dia - kemas ; tak banyak widget pelik pelik ; karya seni dia dalam edisi 'perempuan dan' sangat kreatif ; background music tak serabutkan perut aku ; dia pernah tepek blog aku kat blog dia wee wee


yang ni blog fieya. dia ni memang kaki tumblr. blog dia dengan tumblr dia sama cantik sama kemas. tengok tumblr aku, banding dengan tumblr dia, memang macam langit dengan bumi lah. dan lagi aku suka sebab blog dia kemas. banyak jugak info menarik.

last but not least, here come blog syahirah. ni classmate paling gila zaman sekolah. pengawas tapi sama sama buat jahat dengan yang lain. well known as center of the class. blog dia lebih kurang blog aku. banyak hal diri sendiri. paling sadis, setiap kali dia mention nama aku kat blog dia, konfem ada highlight kuning. sebab dulu aku anti gila gila dengan kuning. sekarang dah hilang la satu gila tu.

oke done! sorry girls bertiga, aku tak pandai buat promo, tak pandai nak review blog korang letup letup. anyway thanks so much! nanti aku belanja sky juice. sekian toceh!

Monday, May 2, 2011

spm month. rindunya.


haih, dah berbulan tinggalkan sekolah. dah berbulan tinggalkan asrama. dah berbulan tinggal spm month. life amacam? seronok? ah pigidah. lagi bosan ada. zaman sekolah jugak best. apa yang bestnya duduk rumah ternak lemak tanam anggur?

spm month paling seronok. banyak betul buat jahat. fly beramai ramai, kantoi beramai ramai. on the spot kena lecture dengan ustaz. alasan fly? macam biasa, lapar lapar lapar. nasib baik ustaz baikhati. suruh makan dulu lepastu baru sepantas kilat balik asrama. dah balik asrama satu masalah lagi muncul. yang fly nya, budak budak teknikal je. budak agama memang diam diam duduk asrama sebab depa ada kelas. budak tulen dengan akaun dah selamat balik rumah dengan penuh rasa gembira. maka nak kena dengar bebelan hangat warden aspuri. wuuuu seriau.

budak aspuri yang bertujuh ni memang kena basuh habis habisan. nasib baik lagi, warden bertugas masa tu kamceng habis dengan penjenayah penjenayah ni. maka nasihatnya berbunyi, 'lainkali lapar call cikgu. kamu kan bawak fon' ooops kan dah kena perli.

pagi pagi masa cuti kalau rajin jog keliling sekolah tu ada makna lain lah. keluar sekolah lepak kedai mamak makan roti canai. pergh nikmat! lagi sekali, terima kasih lah pak guard yang baik hati. masa spm peraturan semua dah longgar habis dah. jalan jalan pasar tani, bajet penduduk setempat je. sampai pagar sekolah, kantoi lagi dengan cikgu. buat muka tak bersalah, mintak tumpang cikgu sampai depan asrama. bila ingat balik, macam haremm je perangai aku spm haritu. nasib baik jumpa cikgu yang kamceng kamceng je. kalau jumpa yang singa singa, mau kena clorox biar putih berseri.

wooaaa, rindu zaman sekolah. bila la aku nak boleh senyum senyum macam dulu lagi?

sekian toceh!

Sunday, May 1, 2011

persidangan penanam anggur.


semua sedia maklum. harini hari buruh. maka selamat hari buruh. terharu sekejap sebab cik feel mention nama den dalam belog dia. huahua. padahal tak layak terima ucapan hari pekerja. apa yang aku kerjakan sehari hari? tanam anggur, ternak lemak?

mentang mentang orang lain cuti, maka si penganggur ni pun nak merasa cuti. hari hari cuti hadap katil hadap meja makan je. hari ni hadap menara jagung. okay, macam abang aku kata. membuat lawatan sambil belajar ke klcc pada hari buruh adalah satu mistake terbesar dah aku lakukan abad ini. mengeluh seketika. benar sekali jangkaan abang aku. berenang renang lah aku dalam kebanjiran manusia di menara jagung berkembar tu.

aneka warna kulit, aneka bahasa, aneka gaya, aneka manusia aku jumpa harini.
ini semua gara gara atya yang salah pilih lokasi nak bersidang. mak aku kata, jauhnya mesyuarat. well, penanam anggur memang susah bermesyuarat di ladang ladang. maka menara jagung jadi pilihan. ahh karut.

walaupun sesak dalam kebanjiran manusia, harini nyata seronok sekali. senyum senyum :)

mas nadal yett atya

atya fara yett mas megat nabil [azam hilang]

selamat hari buruh! sekian toceh!