geng bas sekolah

Friday, May 27, 2011

another story.


aku tau kau dah muak, sini aku nak cerita lagi perihal utp.

this is real, this is me :) [oath taking ceremony]

roomate - siapa rumet aku? makhluk asing yang kabut. makhluk asing yang suka tinggal itu ini. makhluk asing yang kuat tido which is lagi dasyat dari aku. makhluk asing yang aku dah kenal sekian lama. makhluk asing yang memang sekotak sekatik dari zaman hingusan. siapa dia? nadhirah mohd rosdi. cinta hati pengarang jantung beta. terimakasih utp sebab kasi pilih pilih rumet.

senior.aku.roomate.hidayah

course - memang jauh menyimpang. patut ambik engineering tapi dah jadi ICT. ada cadangan dari kaunselor suruh tukar course ambik engineering. tapi maaf seribu kali maaf, aku susah adapt fizik kimia. dan padan muka aku, for this while, kena belajar bisnes, kena belajar ekonomi. menyimpang jauh gila dari landasan sebenar. untuk foundation saje, alhamdulillah. degree insyaAllah belajar ICT lebih lanjut. english dengan precalculus quite interesting. cuma bisnes dengan eko, haih tak terdaya nak baca.

free time - setakat ni memang banyak lagi masa senggang yang boleh diisi dengan tidur, blogging, online, jog around, basuh baju. lepas lepas ni taktau life macam mana. september dah final exam. cuti julai empat hari, entah balik entah tidak. lepas raya exam. wahhh inikah kehidupan?

senior - setakat ni masih ragu ragu bila selisih dengan senior. kena senyum kah? tunduk kah? pura pura tak nampak kah? atau menonong saja kah? serius rasa macam form 1 balik. banyak rules yang kononnya tak boleh dilanggar. tapi aku tengok senior rilek je langgar. maka senior borek junior rintik la sepatutnya kan. tapi takpe, yang buruk jadikan sempadan, baik jadikan teladan.

aku.senior.senior.hidayah [smart group/usrah]

classmate - yang ni best. perempuan okay lah, takde masalah. aku memang luarbiasa punya peramah. tapi guys, errrr errr errr. nak form group untuk assignment ekonomi pun berpeluh peluh nak cari guys join group. memang fail betul. cis cis cis. akhirnya dapat lah hasil bantuan rakan mesra alam.

ok sekian toceh !

8 comments:

wannurfazrini said...

wehh seronoknya, jeles aku x dpt rasa lg :(

Nadiah R. said...

hello mas (:
hey there , just nak tanya . anda di UTP under any scholarship PETRONAS eh ?

belon said...

haha jgn nak pemalu sgt lah mas!! haha

Mrs Nurul said...

all the best ye beb =) huhu..kene hormat Senior haruss

cik chopu said...

faz: takpe, sooner or later kau akan rasa jugak, insyaAllah

cik chopu said...

yaya: tak, setakat ni private dulu. will seek for scholarship untuk degree kelak. hehe. kena struggle lah

cik chopu said...

amirulhakim: haha nak buat macam mana, jiwa wanita melayu terakhir. haha.

cik chopu said...

neon: hehe insyaAllah.