geng bas sekolah

Thursday, March 31, 2011

lima skru ?


ini lagi satu kisah bonda tercinta, puan haminah merangkap intan payung diamond umbrella hati den ni ha. kali ni mak dah bikin satu rumah gelak besar kerana hanya dua perkataan yakni 'LIMA SKRU' ! haih, mak aku ni makin kiut pulak dua tiga hari ni.

alkisah: mak beli baju baru. untuk siapa lagi kalau bukan anak dara dia yang sorang ni, yang sukahati dialah nak pilih baju ikut citarasa dan kehendak hati dia. maka buat julung2 kalinya aku cukup bersetuju dengan pilihan beliau. bukan main suka hati bonda. sebab selama ni aku hanya reti protes protes dan protes.

anak: mak, nak pakai masa keluar dengan muahxcrew nantilah. [sengih sengih]
mak: pakailah bila bila pun, jangan simpan je. penuh satu almari.
anak: yes maam !

maka dengan hati penuh rasa gula, mak pun bercerita pada sahabat baiknya dengan slang kelantan dia, pekat tuuu. tapi tak dapat pulak nak tulis dengan slang kelantan sini ek. karang ternganga kome kome membaca.

mak: anak aku suka sungguh la baju tu. dia nak pakai la nanti keluar dengan kawan2 LIMA SKRU dia tu. [dengan yakin sekali nadanya]
puan M: eh, lima skru? pelik pelik betul.
sepupu aku: haha, lima skru? bukan muahxcrew ke?
[dan semua orang pun ketawa kebingungan]

maka sepupu aku balik rumah jaja cerita. memang bantai gelak la satu rumah. dengan slang kelantan, mak sebut banyak banyak kali, LIMO SKRU LIMO SKRU LIMO SKRU ! haha mak, kenapa comel sangat ni? nak adik boleh? haha ni dah menyimpang ni.

lepastu aku pulak kena bebel gara2 nama group yang payah lidahnya nak menyebut. haih, ampun mak. lepasni kitorang tukar eh, buat group CEK MEK MOLEK, boleh?




4 comments:

Tengku Iji said...

bhahaha...good entri..tu la,sape suruh name group ko pelik sangat..haha..tp aku jd kompius,kenapa muahxcrew jd lima screw??????

Alia Zulkifli said...

hahaha mas sumpah lawak. lima skru? hehehe

cik chopu said...

piji: entah la. mak aku salah dengar kott. pasal kitorang lima orang, maka dia pun pandai2 la buat conclusion sendiri.

cik chopu said...

alia: ha tau takpe. nanti jumpa mak aku, kau sebut la lima skru, mesti dia gelak punya.