geng bas sekolah

Tuesday, March 29, 2011

episod pencerobohan.


balik kelas memandu, rumah takde orang. maka baru sedar, kunci tinggal dalam purse lama. bersemadi dalam kotak. padan muka hamba. habis madu sepah dibuang, maka itulah jadinya. dapat yang baru lupa yang lama. jadi saat ini aku kira, bersorak keriangan purse lama kerana aku kepanasan di luar rumah, nak masuk takde kunci.

aura detektif mula menggila. takkan nak duduk diam luar rumah je. ditambah mata ngantuk bagai nak gila. mulalah episod CSI versi mesya di perkarangan rumah beta. cuba aneka cara yang kononnya berkesan. gara-gara fie dah ketatkan sekuriti rumah, maka agak susah nak tumpaskan si pintu sekacang kacangnya.

dah perut pulak menggila lapar, maka perasaan nak masuk rumah makin membuak-buak. terjumpa satu objek yang dirasakan membantu. terus capai, baca bismillah, aplikasi pada pintu, dan alhamdulillah pintu terbukak. tak sia sia aku tonton detektif conan siang malam. maka lepas ni boleh heboh satu rumah mengatakan, cerita katun bagi lebih pekdah berbanding drama indon.

oke done, perut pun dah kenyang, let us proceed to the next chapter. mintak diri, tuan rumah nak beradu :)

p/s: harap maaf, skill yang digunakan untuk membuka pintu tidak dapat dikongsi bersama atas faktor keselamatan. sekian tocheh!

2 comments:

anis said...

hahaha.mas.mcm lawak la pulak kan kau xbole msok rumah.haha

cik chopu said...

anis: tak mampu aku nak gelak duduk luar rumah dengan perilaku pencuri, padahal nak masuk rumah sendiri. haih.