geng bas sekolah

Thursday, March 31, 2011

lima skru ?


ini lagi satu kisah bonda tercinta, puan haminah merangkap intan payung diamond umbrella hati den ni ha. kali ni mak dah bikin satu rumah gelak besar kerana hanya dua perkataan yakni 'LIMA SKRU' ! haih, mak aku ni makin kiut pulak dua tiga hari ni.

alkisah: mak beli baju baru. untuk siapa lagi kalau bukan anak dara dia yang sorang ni, yang sukahati dialah nak pilih baju ikut citarasa dan kehendak hati dia. maka buat julung2 kalinya aku cukup bersetuju dengan pilihan beliau. bukan main suka hati bonda. sebab selama ni aku hanya reti protes protes dan protes.

anak: mak, nak pakai masa keluar dengan muahxcrew nantilah. [sengih sengih]
mak: pakailah bila bila pun, jangan simpan je. penuh satu almari.
anak: yes maam !

maka dengan hati penuh rasa gula, mak pun bercerita pada sahabat baiknya dengan slang kelantan dia, pekat tuuu. tapi tak dapat pulak nak tulis dengan slang kelantan sini ek. karang ternganga kome kome membaca.

mak: anak aku suka sungguh la baju tu. dia nak pakai la nanti keluar dengan kawan2 LIMA SKRU dia tu. [dengan yakin sekali nadanya]
puan M: eh, lima skru? pelik pelik betul.
sepupu aku: haha, lima skru? bukan muahxcrew ke?
[dan semua orang pun ketawa kebingungan]

maka sepupu aku balik rumah jaja cerita. memang bantai gelak la satu rumah. dengan slang kelantan, mak sebut banyak banyak kali, LIMO SKRU LIMO SKRU LIMO SKRU ! haha mak, kenapa comel sangat ni? nak adik boleh? haha ni dah menyimpang ni.

lepastu aku pulak kena bebel gara2 nama group yang payah lidahnya nak menyebut. haih, ampun mak. lepasni kitorang tukar eh, buat group CEK MEK MOLEK, boleh?




Wednesday, March 30, 2011

contest kami f.o.t.o.g.e.n.i.k


status: goyang kaki tiada apa mau bikin

maka mulalah selongkar kontes yang tertunggak. tukang tag yakni syazanazura,
ribuan tocheh diucapkan! malas nak pos awal awal memandangkan tarikh tutup pun berzaman lagi iaitu pada hari buruh 1mei2011. maka inilah dia bannernya.


untuk maklumat lanjut, nak baca syarat dan langkah menuju hadiah kemenangan, boleh klik sini sini

gambar solo bersama senyuman manis [nak gelak boleh?] . gambar lama, jamuan dorm dua tahun yang lalu.

gambar duo bersama pakwe kecik yang tercinta saat bercengkerama di uluyam.

gambar ramai ramai tak lain dan tak bukan bersama manis hatiku sekalian.

seterusnya, lepas dah tepek gambar fotogenik, *kononnya lah* maka nak kena lengkapkan slogan berikut:

kami rasa kami patut menang contest ini kerana berpeluh peluh kami upload aneka gambar ni, maka kami nak mintak habuannya. homputeh kata, what you give, you get. malas nak merapu rapik panjang-panjang, apekata, bagi jaa kami menang ? haha ni dah macam mintak penyepak punya slogan. sekian, kami dahului dengan ribuan tocheh!

hoih, bersemangat waja punya slogan. hadiah pulak cukup misteri. buatnya hadiah yang dia nak kasi tu, sehari date dengan justin barbie, eh eh justin bieber, kasi free pun taknak. jadi kepada selena gomez sekalian, anda aku tag:

anis saadi | syahirah mahyat | fathiah zainudin | hanani natasya | asma'

oke done !



Tuesday, March 29, 2011

episod pencerobohan.


balik kelas memandu, rumah takde orang. maka baru sedar, kunci tinggal dalam purse lama. bersemadi dalam kotak. padan muka hamba. habis madu sepah dibuang, maka itulah jadinya. dapat yang baru lupa yang lama. jadi saat ini aku kira, bersorak keriangan purse lama kerana aku kepanasan di luar rumah, nak masuk takde kunci.

aura detektif mula menggila. takkan nak duduk diam luar rumah je. ditambah mata ngantuk bagai nak gila. mulalah episod CSI versi mesya di perkarangan rumah beta. cuba aneka cara yang kononnya berkesan. gara-gara fie dah ketatkan sekuriti rumah, maka agak susah nak tumpaskan si pintu sekacang kacangnya.

dah perut pulak menggila lapar, maka perasaan nak masuk rumah makin membuak-buak. terjumpa satu objek yang dirasakan membantu. terus capai, baca bismillah, aplikasi pada pintu, dan alhamdulillah pintu terbukak. tak sia sia aku tonton detektif conan siang malam. maka lepas ni boleh heboh satu rumah mengatakan, cerita katun bagi lebih pekdah berbanding drama indon.

oke done, perut pun dah kenyang, let us proceed to the next chapter. mintak diri, tuan rumah nak beradu :)

p/s: harap maaf, skill yang digunakan untuk membuka pintu tidak dapat dikongsi bersama atas faktor keselamatan. sekian tocheh!

Monday, March 28, 2011

brain's letter to heart.


dear HEART,

fall in love when you're ready.
not when you're lonely.

love,
BRAIN

Sunday, March 27, 2011

wah, sangat hot!


kes cuaca yang sangat panas:

aku: belum achieve boiling point lagi setakat ni. alhamdulillah. walaupun dalam hati penuh mengharap agar malam ni hujan turun selebatnya. amin.

abang: banyak sangat assignment nak kena buat. mak pulak suka arah itu ini. maka dia dah mula hot dan setiap benda yang mak nak suruh dia buat mesti mematuhi jadual dia sendiri. kira tak boleh suka suka nak suruh dia la. huh poyo!

mak: disebabkan harini sangat panas, mak mula meroyan tak tentu hala. aneh benar mak harini. macam singa kelaparan. sumpah menakutkan. skill potong mangga boleh jadi kes mahkamah. tengok nona pun mulut tak henti mengkritik. skill menyapu sampah aku pun boleh jadi kecoh satu kejiranan. haih.

bapak: aku terpaksa hidang makanan berlokasi di taman belakang sebab katanya dalam rumah panas. maka terpaksa la usung makanan semua pegi sana. karang tak layan merajuk pulak en.

ah manusia. baru panas dunia dah tak tahan. panas akhirat nanti, takde siapa mampu bayangkan. haih.

Friday, March 25, 2011

malu betul,


lokasi: sarang beradu
aktiviti: layan k-drama

elok-elok tengah layan, telefon rumah pulak melalak. kacau betul. keluar bilik, angkat gagang. lupa pulak control suara biar kedengaran ayu sikit maka keluarlah voice tak puas hati orang call wrong time.

aku: helo! [dengan lantang dan penuh yakin]
si pemanggil: erm erm erm boleh cakap dengan shafie?
aku: [alamak, terjerit lah pulak] oh nak cakap dengan pie ek, kejap eh. [malu sendiri]

beberapa minit kemudian,

pie: weh, kawan aku ingat salah nombor tadi. asal?
aku: hehe sori. terjerit pulak. hehe. [lari masuk bilik]

fakta: sumpah malu gila. lepasni kalau dia tu datang rumah, aku taknak muncul depan dia. lainkali nak layan k-drama pun jangan taksub sangat. haih.


kepala atau ekor ?



if only it is that easy kan ? persoalannya percayakah satu syiling boleh tentukan masa depan kita ? siapa percaya, mana ada. baik solat istikharah, ada jugak pekdah, insya Allah Dia bagi petunjuk kan ? so si tuanrumah ni dah mula belenggu tentang masa depan sendiri. apepun mak dah pesan awal awal, belajar lah kat mana pun, belajarlah sampai berjaya tapi mak taknak anak mak jadi andartu. apekah ? kurang fahamlah mak. eh tak faham langsunglah mak. andartu ? apetuh ?woaaaa gila menakutkan. and jauh betul menerawang pikiran mak aku nih. as for me, dah boleh mula gigil gigil dah mas, haha. sekian, assalamualaikum.


Wednesday, March 23, 2011

alhamdulillah,


tengok la muka aku masa nak ambik result. bajet nak tengok gamba calon suami je en.


dah dapat tu, hati mula pikir, ni lepas ke target aku, target parents, target fie lagi. dah la semua target sama jaa. pikir punya pikir, bilang punya bilang. yeah dah boleh jerit. alhamdulillah lepas target semua. even cukup cukup makan jaa. so here's it !

fizik kimia memang nak bermusuh dengan aku kot. benci betul depa dengan aku en. subjek TK memang kena komplen. cikgu kata, buruk benar ada satu [-] nih. baik kau dapat B terus. haih, takpuashati betul. dah boleh senyum lebar dah :)

hakikat ramainya student dapat straight A tahun ni memang mendukacitakan betul. banyak betul persaingan lepasni. mampu ke aku nak menyusup nih ? apepun tahniah buat warga sbpi jempol batch 2010! tak sia sia cikgu bawak kita pegi PD, melaka, belajar dalam istana lagi, terima kasih warga pendidik sbpi jempol ! rank ke2 dalam n9, memang untuk cikgu lah!

[mak marah betul sebab aku belum berhenti senyum sejak pagi tadi, melampau en]


Tuesday, March 22, 2011

noktah dan tandaseru


NOKTAH DAN TANDASERU, dalam sebuah perbalahan, yang mana satu lebih menjadi pilihan ? pastinya kedua-duanya tak digunakan dalam perang dingin kan. tapi dalam perang mulut bagaimana ? contohnya apabila pasangan suami isteri sedang bertikam lidah. adakah si isteri lebih banyak noktah, dan si suami memilih tandaseru atau sebaliknya ? atau adakah si isteri yang bercakap tanpa noktah dan suami mula bosan lalu terus bertindak dengan tangan. PANG [tandaseru]

kenapa ingin sangat kejuaraan dalam sebuah perbalahan [tandasoal] lalu selepas menang, apa yang si pemenang dapat ? dianugerahi manara jagung sebagai trofi ? atau menang percutian tiga hari dua malam ke kutub utara ? kononnya keadilan dapat diraih. tapi bagaimana dengan perpecahan yang terhasil ? bahagia atau tragis ?

oh aku tak mengerti. walhal emak sendiri membebel mengatakan aku masih tak matang, mengapa aku nak fikir hal hal yang orang matang sahaja boleh ertikan ?

fakta: esok keputusan spm diumumkan. jempol, sila tunggu aku. semoga esok kita sama sama tersenyum !


c.a.p.t.u.r.e the eighteen


dan sesi tepek gambar pun bermula. gambar hari tua. moga moga cucu cicit aku dapat tatap wajah neneknya nan ayu tika muda remaja suatu hari kelak.


menunggu ketibaan ktm yang tak ternafi kuasa siputnya. yang dipegang si lapanbelas adalah kad harijadi, cikpika yang beri. ada yang DIY punya. gojes habis. i LIKE !
[abaikan muka teruja dapat kad]

berlokasi dalam gerabak KTM koc wanita. ada guys kena halau sebab perasan wanita. takkan nak hias gerabak ni ala ala paris hilton baru nak tau ni gerabak wanita sahaja pakcik oi. see the skirt lah, u all pernah pakai skirt ke? hokeh tunggu dalam ni bukan main lama baru enjin siput bergerak. tengok la, mak mesti marah kalau tau aku duduk kaki lagu ni.

benda nih. masa ciktira nak beli memang malu aku. request satu lilin dekat akak tu, tapi satu tu naik ke kepala jadi tanduk. she said, 'nak satu, tapi tanduk tu ada dua' then dia gelak. okeh, itu bikin pipimerah.

jeng jeng jeng, ini keknya! kecik tapi sedap. kecik tapi kongsi tiga. kecik tapi nikmat. kecik kecik, cili padi. hiaaaa lilin cuma satu, maknanya lilin tahun lepas tujuhbelas, campur satu jadi lapanbelas en. ekceli nak letak lapan belas memang hancur ah kek tu.

tiga alien makan tiga donat depan khalayak di midvalley, zon pencabut kaki. pakcik makcik yang lalu lalang jeling 45 degree oh. nak sikit ka? habaq mai kat cekk, biaq cekk suapkan. haha. malu siot sebenarnya tapi buat muka tepu jaa. rasa nak calit je coklat di setiap dinding yang aku jumpa. tapi takpe, aku tak se-complicated avril nak buat jahat kat sopping mall.

ini dia ini dia! ciktira dan cikpika. tukang kasi perut gua penuh. tengs yaww~ juga ribuan tocheh sudi nyanyi kuat kuat masa di chicken rice shop. malu saya, malu lah, malu~ tercabut kaki, berbuih mulut berborak sambil jalan semalam. you're the best thing, that ever been mine !

ekceli, ada banyak lagi gambar nak tepek, plus video tiup lilin yang agak memalukan, tak jadi nak publish. tapi takpela en, bukan angelina jolie pun yang orang nak tatap selalu. setakat blogger picisan, haih. apepun, siapa lagi nak hadiahkan makanan as birthday present, sangat digalakkan! sekian, tocheh!




Monday, March 21, 2011

mak, saya dah besar !

berapa umur harini: lapanbelas

oh, bagaimana nafas baru: sungguh meyakinkan. sangat seronok menjadi aku yang lebih yakin.

imaginasi harijadi: family bikin surprise dan makan enak enak di luar dan bukan macam tahun lepas bantai beriani sepinggan besar yang buat perut aku pecah saja. dapat hadiah superb dari parents contohnya sebuah mini cooper ke, memandangkan tak lama lagi insyaAllah menggenggam lesen baru.

hakikat harijadi: mak belanja mcD tapi aku cuma makan bigmac walhal fie diberi megamac. itu tak aci yang pertama. tak aci yang kedua, mak masak percik ayam terbaik punya tapi fie dan bapak dapat lebih ketulan ayam berbanding aku. semua orang pun nak belanja aku makan sahaja as hadiah harijadi kerana aku kuat makan [?] wah senang kan kalau hangpa jadi laki aku.

apa bikin harini: have a date bersama ciktira dan cikpika. again, makan tanpa had. lepak chicken rice shop, makan nasik ayam, makan kek yang kecik kongsi bersama tapi sungguh nikmat, makan ABC, makan donat big apple. semuanya about makan, borak, jalan jalan dan jalan dan borak dan makan lagi.

perasaan: gembira tapi selang beberapa tahun lagi aku pasti tak gembira dengan peningkatan umur dek proses penuaan yang bakal menyakitkan hati hamba. maka perlu senyum sentiasa untuk awet muda :)

next post nak tepek gambar dan maybe muko den tiup lilin dalam video. nak tengok katun tiup lilin ? nantikannya ~ sekian tocheh!




Saturday, March 19, 2011

ahhh~


ON AIR
: aura jin bertendang menggila lagi

pengumuman! test jpj tunda lagi. mampukah aku meloncat tanda happy? atau aku nak berkurung dalam bilik dua tiga hari? macam bukan kes berat sangat kalau sampai tak lalu makan sampai badan melidi. oh tidak sama sekali! tapi itu bukan sebab musabab si hati ni berapi. ada sebab lain yang tersembunyi.

hati dan perasaan: adalah sangat bengang dengan segalanya tentang driving class harini. takde kaitan dengan test kena tunda. tapi ada kaitan dengan seorang makhluk asing bertopengkan guru memandu tu. selama ni dengan cikgu lain oke je. dengan dia, traffic light pun aku rasa nak sondol, naik bukit macam daki gunung, park kereta macam nak park lori dan bla bla bla. zero keserasian! minda mula dikotori aura negatif. harini aku berdoa, next class, tolong la jangan dengan dia lagi. amiinnn.

sekian membebel, tocheh!

Friday, March 18, 2011

bha bha bha


al kisah sang kancil sedang berlari lari anak menuju ke sebuah kedai baju. oh pembetulan. sang kancil hanya hiperbola. ekceli, satu geng manusia yang berumur lebih kurang dua puluh dua. nampak macam kaya-raya, mungkin mak bapak depa supply dua tiga riban sebulan buat kelek sopping beg kiri kanan. paling tidak pun, pakcik ptptn serta aneka pakcik biasiswa kasik money setiap bulan boleh belanja sampai lebam [?]

okeh, ini bukan kes nak mengata shopaholic sebenarnya. dah lari jauh dah entri ni. ekceli pasal lidah melayu spekeng homputeh. teruja menjadi homputeh celup nampak gayanya ya.

berlokasi di kedai baju itu, aku perhatikan sekumpulan manusia ni. dey all cakap homputeh hang tau dak? memang pahit betul bunyinya, tapi bagus la en, ada usaha nak spekeng, eventhough bunyi memang agak tak sedap. berani pulak bersuara dengan lantang. yes yes gua tabik spring !

you got that one, I got this one, we got those one, macam macam lah diorang dok cakap hal baju. dah ada tu apa lagi tunggu kak, pigidah outta here. aku taknak tau senarai baju dalam almari hang. tapi takpe, aku enjoy lagi mendengar perbualan demi perbualan yang agak melucukan. sampai satu ketika, one of them melatah, 'oh terkejut bha....blablabla' mula mula aku macam, apetuh? aku takpaham. rupanya, bahasa melayu plus slang sabah sikit sikit. pendek kata, orang kalau dah melatah, bahasa ibunda jugaklah keluarnya. takboleh nak lari dah. paling english pun melatah, OMG! tu pun dah bunyi OMEGI!

psssttt, bukan nak buat siapa siapa terasa, cuma bila cakap tu, takpayah la nak bagitau satu dunia kita ni nak bersuara. tapi kalau dah macam nak buat announcement bunyiknya, bejoget jugak la en taik telinga haku nih.

sekian tocheh!


Wednesday, March 16, 2011

buku BIODATA


zaman sekolah rendah dulu, kalah artis orang beratur mintak isi biodata dalam buku bio diorang. eh bukan biologi eh, biodata. dah macam competition pulak, masing masing nak tunjuk hebat, baru lah dapat anugerah, the best bio's book of the year kan. zaman hingusan dulu, bukan ada fesbuk lagi. bukan ada kontes blogger macam sekarang en. tu je la yang mampu.

nak pikir tajuk biodata bukan main berkerut ha kening kau. setakat BIODATA SAYA, alah kekampungan sangat. nak la MY PRIVATE STORY ke, baru nampak classy sikit en. nak challenge punya pasal, siapa otak geliga cari idea kreatif [kononnya] . paling tak boleh blah, ingat power sangat la nak spekeng english en, alih alih dah bunyi bangladesh jadinya. broken english. itu pun dah boleh belagak dah. zaman dulu bukan macam sekarang, budak kecik lagi lancar spekeng dari haku.

ni lagi tak tahan, dalam biodata, bukan takat ada nama- besday- alamat- telpon jaaa. hello, ni buku biodata, bukan phonebook en. taknak kalah youu. antara yang basic:

# makanan minuman kegemaran
# besfren terkamcheng di dunia
# febret artis
# warna kesukaan

yang lebih dari basic paling tak tahan:

# musuh ketat
# jiran terdekat
# minyak wangi febret
# jenama kasut

ha memang semua benda kau tau lah. pendek kata, kalau nak cari bini, pegi mintak buku biodata jaa, kau tau lah inside outside si gadis tuh. adoii, zaman tok kaduk dulu, memang bantai gelak lah kalau dikenang-kenang. gelak pun tak pandai cover. jatuh longkang pun tak rasa apa. tough betul. sekarang je dah reti emos emos sikitt. heee. mak, saya dah besar !


at least aku tak girly macam nih [tandaseru]

Tuesday, March 15, 2011

aku dah kata,


kan aku dah kata, lelaki dengan perempuan kalau berkawan baik sangat, lain jadinya nanti. konfem ada pihak yang sakit hati. tapi kau degil. ha, sekarang hambik kau padahnya. jangan kata aku tak kata.

Sunday, March 13, 2011

muahxcrew,


entri ini about ampat gadis gojes yang saya miliki, cintai, rindui dan kasihi :)


nazihah hanafiah.


alia zulkifli.

nur 'athirah anuar.

nadhirah mohd rosdi.

mood sekarang : rindu gila makcik gojes ampat orang nih. tira dan nad baru balik plkn. so aku nak jerit yeaaah kuat kuat biar satu kampung tau aku punya feeling yang obviously happy nih. well, kita kan satu mesya. semua benda nak kongsi bersama. jadi upcoming 28 april nih bakal sambut hari bersejarah lagi. kali ni kasi bom bom kebabom punya sambut sebab 'kita' dah 18. i love you all, muahx muahx muahx ! ha, hambik kau, dah lama aku nak melempiaskan kegedikan yang dah lama terbuku nih.


ok this is us. zaman menggedik dahulu kala.

sekian tocheh!

langkah ke depan.


status: baru balik karnival pendidikan mara di pwtc

oke penatnya jelas nyata. menyesal bawak beg besar besar sebab memang belambak lah recycle bag yang aku bawak balik. trimas daun kari kepada encik cik tuan puan di aneka booth yang aku jejak. maklum, aku si katak bawah tempurung masih kurang jelas hal hal further study ni. tapi sekarang tidak lagi. mak, saya dah nampak masa depan! hoho hiperbola lalagi.

lepak paling lama sekali dekat booth GMI. akak tu memang cerita panjang lebar lah bout Alevel and so on yang buat aku taksub gila sampai menganga jugak la en dengar explanation dia. bagus betul communication skill dia. tabik!

booth ipta agak kurang memuaskan kott pasal depa macam taknak menarik orang sangat. well, even depa tak cakap banyak pun, memang konfem ramai pilih ipta en. sebab tu ipts je yang banyak nampak kesungguhannya nak tarik student.

tapi booth UPM memang best. ada la dalam tiga empat Ipad kat booth depa. memang jakun jugak lah aku guna benda alah tu en. tersipu sipu aku menekan nekan benda alah tu. hentam kromo je lah en. muka teruja tu, siapa pun malu nak ngaku kawan. ah lantaklah, peduli hape aku. dah aku tak pernah sentuh, takpayah la nak hipokrit sangat en :)

oke belambak betul bahan bacaan yang aku bawak pulang. jadi sekarang masanya nak godek godek semua tuh. masa aura rajin sedang ke udara, baik cepat selongkar. dua tiga hari tengokla, memang terperosok dalam almari. kita kunci kemas kemas, buat harta karun.

mood: terharu !

sekian, tocheh!



Saturday, March 12, 2011

diamuk tsunami.


gedebak gedebuk gedebak gedebuk, rupanya dah konfem result kua 23 mac. sila menggelabah sekarang ! oke, hati ambo dah diamuk badai. malah ditambah pula dengan gempa dan tsunami. memang berkecamuk habis. dear rakan taulan di jepang, semoga kalian baik baik sahaja [selingan] .

jadi cuti sekolah pun dah bermula, yeah! bukan aku yang yeah, melainkan kanak-kanak berina yang masih kena hangkut beg sekolah tiap tiap hari dengan uniform suci murni tuh. tak dinafikan, aku pong masih sekolah ekceli. sekolah memandu. oke, date dengan pakcik jpj adalah sangat hampir dengan date result spm ya.

oh, date nya adalah sangat tak strategik. 21 mac. hari yang dah cukup bersejarah buat haku. jadi lepas ni akan jadi lebih bersejarah lagi nampaknya ya. harap pakcik or makcik jpj akan berbaik hati dan tak payah jadi singa pada hari tersebut. amiin.

jadi para human, homosapien, alien, dan aneka makhluk yang terbaca entri ini, marilah ramai ramai doakan saya *hoh saya?* untuk date bersama jpj, untuk es pi emm, dan untuk rakyat jepang sekalian yang diamuk tsunami. trimas daun keladi. sekian, tocheh !

pembetulan: test jpj dah ditunda ke 25mac. ohoi.



Thursday, March 10, 2011

payurahim ???


dreba teksi, aneka ragam kan? ada yang baik tu memang baik, siap bagi diskaun seposen dua. ada yang evil tu memang evil sampai masuk berita tajuk utama. ada yang over peramah tu, cakap sampai takde langsung noktah, dengar pun boleh sesak nafas. ada yang over pendiam tu, sampai kau cakap dengan dia pun, macam cakap dengan tong gas. ada yang gatal tu masyaAllah, rasa macam nak call 999.

ha yang ni lagi pelik. tadi jumpa satu dreba teksi yang maha pelik. banyak kategori dia nih. over peramah, gatal, evil sikit sikit, pendiam langsung takde, baik tu no komen lah. daripada naik je, dia dah mula nak borak dengan mak aku. topiknya? ontah hapo hapo ontah. mula mula haram jadah aku tak paham. uncle ni bicara apa ya? dia spekeng malay kah, spekeng tamil kah?

lama lama dengar bait bicara dia, barulah aku paham. lah, nak promote direct selling. mula la dia berfalsampah, yang aku rasa tak sampai sepuluh peratus pun yang boleh aku angguk tanda setuju. dialog beliau adalah seperti berikut:

baguslah perempuan kerja kuat. baru susah dapat penyakit, macam PAYUDARA, PAYURAHIM, PAYUKANSER, PAYU USUS. tapi kalau minum jus ni, nanti masuk melalui tiub tu, memang berkesan. mak mentua saya dah cuba. cuma bapak saya tak sempat nak bagi cuba, dia dah GO awal awal.

sumpah nak tergelak. pakcik ni biar betul. semua dia nak payu payukan. haih, tiga suku ke hape? dah lepas tu, dia mengaku dulu kerja mara la, pernah jadi askar la, bapak dia dok london kawen ramai la, kes saiful, anwar dan berus gigi la, haih aku diam je lah en. menggeleng tidak, mengangguk lagila tidak. nasib baik dia hantar sampai lokasi. kalau tidak, memang masuk paper esok, remaja terjun teksi. hoho.

ada sesiapa tertarik nak join direct selling uncle nih? haha.

sekian, tocheh!



Wednesday, March 9, 2011

go go power rangers!




kalau kau dok jepun sekarang, plus minat gila dengan ranger or kamen rider, sekarang ni tengah hangat dengan GOUKAIGER dan KAMEN RIDER OOO. memang layan betul. abang aku rajin pulak download cerita nih dalam lappy beliau. aku pong layang je lah en sekali. memang sejak kecik sampai besau ni, seronok layan cerita nih daripada kau dok ngadap drama indon, drama filipino, dan aneka drama tempatan yang endingnya kalau tak happy ending, konfem ending yang bikin seratus hari orang dok mengumpat.

hadoi, yang geramnya, dah banyak sangat miss episod kamen rider ooo pasal si fie tu busy manjang. asek nak layan sensorang. kedekut bebenau. so dia ubah minat aku pada goukaiger. yang bestnya, ranger lanun nih, boleh bertukar jadi semua ranger yang pernah wujud dalam siri power rangers. gila gempak en. episod tiga paling best, semua berubah jadi ranger pink. mana nak dapat dalam siri lain.

ok aku nak pegi pujuk si fie tuh agar aku boleh cover balik episod yang aku dah tertinggal. hoho ni namanya entri syok sendiri. umur dah tua bangka en, tapi minat macam budak hingusan. aku nekad, aku tetap nak tengok jugak ! hoho orang lain sibuk layan k-drama, aku layan jepang-derama!

tengok baju ni, fie kasik! ada ranger! aku teruja!

heartbeat


announcement announcement !

aku dah join heartbeat. sedangkan nuffnang pun aku tak penah join selama nih. ni semua gara-gara nafsu yang mudah terpengaruh dengan duit duitan. eh bukan, hal yang sebenarnya entri cik fieya ni la yang buat den terpengaruh. cis !

cikgu bm kata, sambil menyelam minum air, tak kisah la air masin ke, air payau ke, telan je. so orang nak kasik duit tu, terima je. bukan susah pun en. oh rupanya pasal ni la ramai blogger kaya kaya ya. dulu aku pong heran. haha daripada merapu rapik tak tentu hala, boleh la tolong mak bayar bil elektrik ke, bil internet ke, ye dak ? [hoh bajet boleh kaya raya je en]

sekian announcement, sila la klik link sahabat saya cik fieya tu ya, for more info :) tocheh !

Tuesday, March 8, 2011

yang saya manjai.


macam biasa, sebenarnya nak cerita benda lain, tapi lain pulak jadinya.

mood sekarang adalah sangat sukacita. makcik aku dah bersalin, bertambah lagi seorang hero aku dalam koleksi kanak kanak yang aku cintai dan manjai. memandangkan mak bapak taknak hadiahkan aku seorang adik, maka aku menagih kasih dari setiap kanak-kanak yang aku jumpa. aku jadi suka bila dengar ada orang baru bersalin. haha gila punya jiwa. naluri keibuan begitu memuncak ya.

gila tak berapa nak gila la, tapi kalau dah sampai jumpa baju baby je, tak sayang mana duit rasa nak beli. padahal taktau nak bagi siapa pun. hoi sedar diri woi. kau tu 8belas pun baru nak cecah, result spm pun tak keluaq lagi, tak payah nak bernaluri aneh aneh la en.

mak aku pun garu kepala dengan perangai pelik aku meronta-ronta nak beli baju baby bila pegi sopping mall. memang elak la en lalu zon kanak-kanak. kang habis semua nama aku up kan, sebab nak beli baju depa. so nak tunjuk sikit cinta hati saya yang saya manjai sekalian~








Monday, March 7, 2011

sleeping beauty ~


lokasi pilihan untuk tido bukanlah atas katil king yang empuk berbantalkan bantal kekabu, melainkan dalam kelas sejarah yang membosankan berlapikkan kerusi meja beserta buku sebagai bahan cover line.

itulah tido yang paling nyenyak boleh diperoleh berbanding dalam bilik berhawa dingin dengan semua lampu padam. ahai, aneh kan. tapi itulah hakikatnya. dalam bilik sendiri, susah sangat nak tido walhal dalam kelas yang takde langsung item bilik tidur, letak kepala sikit dah boleh lentok. dahsyat betul aura ngantuk di sekolah.

tapi memang best tido kerana tertido daripada tido sebab masanya dah tiba untuk tido. tertido ni paling laris lokasinya, dalam kelas, dalam bas, depan tv, depan laptop dan paling berani mati sekali dalam kereta la masa tengah drive. memang carik maut la en.

aku suka bila tertido nih. tapi yelah, lepas tu hambik kau, sakit tengkuk, sakit badan, sakit urat, segalanya sakitlah. yelah, tido tak kena gaya. al padan mukalah en. lagi lagi bila tido tak sedar perang dunia, melekat pulak peta dunia kat mana mana, memang malu taktau lagu mana nak tutup muka. tapi selalunya, makhluk yang tertido ni depa bukan pedulik sangat hal kecik macam tuh. asalkan aku bahagia mimpi indah jumpa logan lerman. haha.

ok dah mamai ni, nak tido. sekian tocheh~


Sunday, March 6, 2011

tukang ikrar.


sebenarnya: nak cerita hal lain, tapi tiba tiba dah jadi hal lain.

ceritanya: bukak fesbuk, jumpa cikgu sekolah rendah dulu punya fesbuk. ada pulak en gambar aku masa darjah 6 dahulu kala. gambar masa KUNTUM datang sekolah. dengan geng geng pengawas yang suka sama sama ponteng kelas bajet busy mengamankan sekolah. hoh, rindu gila zaman tu. zaman tudung bulat pakai penegak tudung. zaman suka lepak lepaking dalam bilik pengawas yang penuh barang rampasan. zaman akulah tokoh pelajar yang disegani (?)

kenangannya: zaman sekolah rendah memang skema, tapi jahat sikit. kawan pun pilih pilih, bajet hot en. cikgu bising sebab selalu je dalam group sama, tak pernah nak berjalan dengan budak lain. yelah, kelas banyak pulak en. takkan aku kelas tingkat atas, nak ajak budak kelas tingkat bawah jalan sekali. gila jauh. dulu otak pun bukan main geliga. yelah, tak dicemari unsur negatip lagi en. kebanggaan mak bapak.

lucunya: as pengawas, aku ni jadi tukang baca ikrar. penah sekali, aku hilang time perhimpunan sebab guru besar suruh kunci pagar, huru hara perhimpunan sebab tukang baca ikrar hilang. macam aku sorang je hapal ikrar. hadoi. banggadiri nih, bajet orang penting jaa.

bestnya: lepas tamat upsr ! 24/7 lepak bilik komputer sekolah. kamceng dengan cikgu boleh la en. oh rindunya !


Saturday, March 5, 2011

berat punya keluhan~


lama betul dah tak joget joget dalam bilik. sekali dua buat memang berpeluh sebaldi lah en. lagi lagi si penternak lemak macam haku nih. superduper punya pemalas nak exercise. jangankan nak berjoging pagi pagi, nak bangkit dari katil pergi mandi pun malas. haih malangnya bonda beta beranak darakan si pemalas nih.

ok buat masa sekarang aku dah boleh mula mengeluh sebab mak dah buat announcement satu rumah, esok malam beliau akan berangkat pulang ke kampung. makcik aku nak kena operate, because of fibroid. mari ramai ramai doakan keselamatan makcik aku dalam operation ya~ sebab mak kata, operate ni kira nak bertarung hidup mati. sangat hiperbola di situ ya !

berbalik pada kes mak nak balik kampung. oh yeah, banyak betul tugasan yang perlu diambil alih ya. haih, keluhan berat nih. sekali lagi aku akan menjadi bibik terhormat rumah nih mengambil alih tugasan maam besaq selaku ketua bibik sedunia. ampun mak~ nasib baik kali ni ada sepupu aku buleh tolong kasi ringan tugas aku. kalau tak, macam haremm je nak harapkan bapak dan anak terunanya yang dikasihi itu. hanya tahu tuding jari suruh itu dan ini.

ok taknak tulis panjang panjang. padahal aku je yang syok sendiri baca entri sendirikk. haa sekian tocheh !


Friday, March 4, 2011

tumpang menghuni.


apa yang aku rindu tentang dorm tariqziad 4:

# adik adik dorm yang memang banyak stok makanan untuk didermakan pada aku. sebabnya stok makanan aku sendiri tak berapa nak lekat dalam locker. hari ni full, esok dah kosong [ni kes baikhati sangat derma pada budak kelas yang kuat makan]

# dorm dekat bawah, so senang nak bergerak ke sana sini tanpa perlu berpeluh peluh panjat tangga tingkat tiga macam budak usamah dan budak khalid. hihi. sebab tu lemak yang terkumpul dalam body juga tidak ingin pergi dari sini.

# dorm depan ampaian, so senang beta nak menyidai. sekali lagi tak perlu susah susah nak hangkut baldi jauh jauh macam orang lain. memang serasi dengan makhluk yang tak berapa nak rajin.

# hari ahad paling best. banyak makanan sedap. parents budak dorm nih baikbaik belaka. masing masing nak tambah kilogram anak tercinta. memang best sebab hari ahad DM menu tak best.

# jadi markas warga 5HR yang hebat berniaga tatkala SPM semakin memekik di telinga. untung woo meniaga dan aku rasa rugi tak start sejak dulu kala.

# penghuninya semua berotak gila dan gila dan gila. aku kira itu sangat serasi dengan beta yang tak kurang hebat gilanya. a big tocheh pada mereka sebab berjaya tahan perangai beta yang suka joget joget dan beraksi ngalahkan aishwarya rai di taman bunga.

# di situ ada katil haku yang sangat empuk especially saat penat penat balik lepas prep. kadang kadang sampai terponteng prep sebab terlalu empuk ya si katil nih. tambahan pula, saya tinggal bawah kipas en, memang selimut 24/7.

# banyak lagi sebab, tapi dah penat, so lastly sebabnya aku huni dorm ni dua tahun sejak aku terpenjara di sbpi jempol tahun 2009 yang lalu. jadi every corner tu dah sebati dengan jiwa beta. toilet sebelah pun dah bersemadi dengan baldi baldi beta. hoho bajet permaisuri enn.

i love you dear TZ4 ! sekian tocheh~


Wednesday, March 2, 2011

heartbroken !



gangguan emosi. pedih bukan main lagi. semua orang bikin hati aku memberontak. geram geram geram. siapa nak tenangkan aku? kalau dah semua komplot sakitkan hati aku. siapa nak temankan aku? kalau dah semua komplot lari dari aku.

wahai orang orang yang terdekat dengan aku,
silalah fahami hati aku.
sakit sungguh.
pedih sungguh.
bila semua seolah-olah tak percayakan aku.
ragu-ragu dengan aku.
mempertikaikan perbuatan aku.
sakit [tandaseru]




Tuesday, March 1, 2011

cis chatbox !


tumpang tanya ya rakyat jelata. chatbox aku sorang saje kah yang problemo nih ? semua chatbox orang lain pun aku tak boleh bukak. jadi di mana aku nak melalak ? di mana aku nak tinggalkan jejak ? aku dah la rajin menyinggah dua tiga hari ni. bagaimana ? aku punya rosak ke ? ahh hati hamba kacau bilau nih. cepetan bagitau aku jika kau juga alami hal sama.

fakta: padahal chatbox je pun. buat semak je aku nak terpekik terlolong tak tentu pasal.